Skip to main content

Hiburan

"Daddy Issues" & "Sweater Weather" Bergema, The Neighbourhood Gegarkan Malaysia

"Daddy Issues" & "Sweater Weather" Bergema, The Neighbourhood Gegarkan Malaysia

Sekilas

  • The Neighbourhood kembali menggegarkan Kuala Lumpur dengan konsert WOURLD Tour di Mega Star Arena pada 16 Julai, menyajikan gabungan lagu baru dan hit lama selama hampir dua jam.
  • Momen paling menusuk adalah ketika intro Daddy Issues dimainkan, diikuti suasana tenang dengan lagu The Beach yang diterangi lautan lampu telefon.
  • Konsert berakhir dengan lagu ikonik Sweater Weather dan Softcore, meninggalkan peminat teruja dan berharap mereka cepat kembali ke Malaysia.
Advertisement

Setelah sekian lama, akhirnya The Neighbourhood kembali menggegarkan Kuala Lumpur menerusi konsert WOURLD Tour di Mega Star Arena pada 16 Julai lalu. Dari awal sampai habis, memang susah nak jumpa satu detik yang tak buat peminat bersorak atau menyanyi beramai-ramai.

Seawal kemunculan mereka di atas pentas, satu arena terus bergema dengan sorakan peminat. Dibuka dengan lagu Hula Girl, suasana terus "panas" sebelum diteruskan dengan OMG dan Cry Baby. Memang tak sempat nak tarik nafas, semua peminat ikut menyanyi.

Advertisement

Sepanjang hampir dua jam persembahan, The Neighbourhood sajikan gabungan lagu-lagu baharu dan juga hit yang dah lama jadi kegemaran ramai. Antara yang dibawakan termasuk Reflections, R.I.P. 2 My Youth, You Get Me So High, Pretty Boy dan beberapa lagu daripada album terbaru mereka.

Kalau nak cakap pasal momen paling "menusuk", mestilah bila intro Daddy Issues mula dimainkan. Satu arena terus bertukar jadi koir gergasi. Tak kira yang duduk depan pentas atau paling belakang, semua hafal lirik. Memang meremang bila dengar ribuan peminat menyanyi serentak.

Selepas itu, giliran The Beach pula ambil alih suasana. Arena yang tadi riuh bertukar lebih tenang dengan lautan lampu telefon yang menerangi seluruh dewan. Memang cantik dan cukup "healing!".

Tapi kemuncak sebenar malam itu semestinya Sweater Weather. Sebaik saja muzik lagu ikonik itu dimainkan, sorakan terus bergema. Boleh dikatakan hampir semua yang hadir menyanyi tanpa henti dari awal sampai habis. Memang antara momen yang buat ramai takkan lupa.

Konsert kemudian ditutup dengan Softcore, meninggalkan peminat dengan sorakan panjang dan harapan supaya The Neighbourhood tidak mengambil masa terlalu lama untuk kembali ke Malaysia.

Walaupun produksi konsert tampil dengan konsep yang lebih minimalis, visual gelap, pencahayaan sinematik dan permainan muzik secara langsung sudah cukup untuk membawa penonton tenggelam dalam dunia The Neighbourhood.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement