Sekilas
- Nabil Mahir meluahkan kekecewaan terhadap kontraktor lama yang melakukan kerja ubah suai rumah secara tidak kemas sehingga perlu diperbaiki semula.
- Beliau mendedahkan masalah paip yang tidak disambung dengan betul menyebabkan air mengalir dalam dinding dan keluar dari plug socket.
- Netizen menggesa Nabil untuk mendedahkan identiti kontraktor tersebut bagi mengelakkan orang lain menjadi mangsa penipuan.
Suami kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir meluahkan rasa berang terhadap kontraktor yang pernah mengubah suai rumahnya.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Nabil mendakwa kontraktor tersebut melakukan kerja tidak kemas sehingga terpaksa dibetulkan semula kesilapan yang dibuat.
“Dah bertahun aku sabar. Barely any left. Aku benci contractor lama. Penipu. Scammer. Gila. Jumpa macam-macam lagi yang dia tipu even selepas dia dah belah.
“Bayangkan, dia buat bilik air tapi rupa-rupanya paip tak sambung dari atas, dalam dinding. Jadi, air keluar mengalir dalam dinding dan keluar dari plug socket.
“Pecah balik, betulkan semula. Now tilling again,” kata Nabil.
Menerusi ruang komen, netizen meminta Nabil untuk mendedahkan identiti dan syarikat kontraktor tersebut supaya tidak ada lagi orang yang menjadi mangsa penipuannya.
Sumber - Threads