Skip to main content

Hiburan

“Dah Boleh Dapat Job Bersama Lepas Ini” – Abby Abadi Doa Terbaik Buat Marissa, Munir

“Dah Boleh Dapat Job Bersama Lepas Ini” – Abby Abadi Doa Terbaik Buat Marissa, Munir

Sekilas

  • Abby Abadi berkongsi video anaknya, Marissa Dania, bersama pempengaruh Munir Akhunov mempromosikan pakaian dalam sesi siaran langsung.
  • Abby berpendapat mereka berdua serasi dan boleh menerima lebih banyak tawaran kerja bersama pada masa akan datang.
  • Abby turut mendoakan yang terbaik untuk Marissa dan Munir serta mengingatkan mereka supaya sentiasa menjaga diri.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi mencuri perhatian apabila berkongsi video memaparkan anaknya, Marissa Dania bersama pempengaruh, Munir Akhunov di media sosial.

Menerusi video tersebut, Marissa dan Munir dilihat bekerjasama mempromosikan pakaian untuk sesi siaran langsung.

Advertisement

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan seronok melihat keserasian mereka sehingga berpendapat kedua-duanya boleh menerima lebih banyak tawaran kerja bersama selepas ini.

“Banyak video lagi ini, rugi peram kan.

“Ini dua ketul ini, dah boleh dapat ‘job’ bersama lepas ini. Tapi selit Mama juga okey. Nanti bosan tahu tak ada Mama,” katanya menerusi perkongsian dalam Threads.

Advertisement

Dalam hantaran sama, Abby turut menitipkan doa buat Marissa dan Munir selain mengingatkan mereka supaya sentiasa menjaga diri.

“Mama doakan yang terbaik untuk kalian. Hati-hati di mana sahaja berada.

“Sementara Mama dekat Langkawi ini, rancanglah supaya kita boleh usahakan macam-macam lagi,” ujarnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Must Watch Video

Advertisement