Skip to main content

Selebriti

Dah Jadi Habit! Bercuti Pun Nur Shahida Tetap Kerja, Buat Live - “Sentiasa Rasa Saya Bekerja Dengan Orang, Bila Penat…”

Shahida tetap buat live kerja waktu cuti

Sekilas

  • Datin Seri Nur Shahida tetap aktif melakukan siaran langsung walaupun sedang bercuti kerana sudah menjadi kebiasaan dalam rutin hariannya.
  • Shahida terus bekerja walaupun penat kerana rasa tanggungjawab dan kesedaran ramai yang bekerja lebih keras daripadanya.
  • Walaupun jadual padat, Shahida bersyukur dapat meluangkan masa bersama keluarga di rumah.

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mengakui masih aktif dengan rutin hariannya iaitu melakukan siaran langsung (live) meskipun ketika sedang bercuti.

Menerusi perkongsian di media sosial, Shahida berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang pelik buat dirinya kerana sudah menjadi kebiasaan selepas sekian lama konsisten berniaga secara dalam talian.

“Ramai pelik bila bercuti pun masih live, sebenarnya dia macam habit tau. Bila hari-hari live, tak live kita rasa pelik,” maklumnya.

Dalam masa sama, Shahida turut menjelaskan bahawa sikapnya untuk terus bekerja walaupun penat adalah didorong oleh rasa tanggungjawab dan kesedaran bahawa ramai lagi individu di luar sana yang bekerja lebih keras daripadanya.

Bagaimanapun kata Shahida lagi, walaupun jadualnya padat dengan aktiviti perniagaan termasuk sesi siaran langsung, dia tetap bersyukur kerana masih berpeluang meluangkan masa bersama keluarga.

“Saya sentiasa rasa saya bekerja dengan orang, bila penat selalu fikir orang lain ramai yang kerja lebih penat dan lebih berat.

“Jadi bila fikir tu terus rasa bersemangat, saya beruntung walau sibuk live tapi kita masih di rumah dapat dekat dengan anak-anak,” kongsinya.

Sumber: Instagram @shahidadherbs

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Must-Watch Video

Advertisement