Skip to main content

Hiburan

Dah Lama Simpan 'Duit Kahwin', Afieq Shazwan Bersedia Mendirikan Rumah Tangga - "Saya Rasa Dah..."

Afieq kahwin

Pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. 

Menurutnya, segala persiapan sudah dibuat dan sekiranya jodoh itu hadir, dia mahu menyegerakannya tanpa berlengah.

“Saya dah nekad, kalau tiada rezeki sampai ke pelaminan, saya akan terus berusaha. Sekarang saya memang sedang buat persiapan sebab ramai kawan-kawan dah berkahwin. Bila tiba masanya, saya akan cakap ‘on’ sahaja. 

Lagipun, perkara ini perlukan persetujuan dua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Afieq tidak menafikan sudah lama menabung untuk hari bahagianya meskipun belum pasti bila ia akan berlangsung.

Tambahnya, Ibu dan keluarga  juga sentiasa memberi restu dan berharap dapat melihat Afieq membina rumah tangga.

“Nak kata cukup ke tidak simpanan kahwin tu subjektif, tapi saya rasa InsyaAllah dah cukup. Saya dah mula simpan lama sebab dulu rancang kahwin umur 24, tapi belum ada rezeki hingga sekarang. 

“Ibu saya okey sahaja. Dia cuma pesan, kalau panjang umur, insyaAllah dia nak tengok anaknya berkahwin. Tapi selebihnya saya serahkan pada Allah SWT. Kalau jodoh itu berpanjangan, kita teruskan. Buat masa ini bukan saya seorang saja yang tentukan, ia perlu daripada kedua-dua pihak,”  jelasnya.

Advertisement


Sementara itu, Afieq bakal muncul menerusi filem Abu Si Raksasa yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 September 2025.

Selain Afieq, naskhah arahan ini turut dibintangi Sophia Albarakbah, Maria Farida, Jaa Suzuran, Farid Amirul, Zalif Sidek dan ramai lagi.

Must-Watch Video

Advertisement