Skip to main content

Filem

Dah Tonton Filem ‘Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku?’, Ini Komen Dr Fie - “Kisah Reda, Pengorbanan & Hati Yang Memilih Untuk Damai”

Dr Fie komen filem Tuhan Benarkah Kau Mendengar Ku

Sekilas

  • Dr Fie Tawfik berkongsi pandangan tentang filem Indonesia 'Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku?' yang mengangkat tema kekuatan wanita, keikhlasan, dan erti reda dalam kehidupan.
  • Filem ini mengisahkan tentang pengorbanan dan pemulihan emosi wanita yang dikhianati, dengan fokus pada peranan doa sebagai kekuatan utama untuk bangkit dari trauma.
  • 'Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?' adalah hasil kolaborasi Indonesia-Malaysia yang kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Personaliti media sosial yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr Fie Tawfik mempunyai pandangan tersendiri selepas menonton filem Indonesia berjudul ‘Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku?’ baru-baru ini.

Menerusi video pendek yang dikongsikan di Instagram, Dr Fie atau nama sebenarnya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, berkata filem tersebut bukan sekadar mengangkat kisah cinta, sebaliknya membawa mesej yang lebih mendalam tentang kekuatan seorang wanita, keikhlasan dalam melepaskan, serta erti reda dalam kehidupan.

“Tidak semua cinta berakhir dengan kebencian, ada wanita yang memilih untuk pergi bukan kerana dia lemah.

“Tetapi kerana dia mahu berdiri sendiri, bila takdir kembali menguji, dia tidak kembali sebagai isteri, tetapi sebagai manusia yang berihsan,” ujarnya.

Dr Fie juga turut menyifatkan ‘Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku?’ sebagai sebuah naskhah yang sangat dekat dengan realiti kehidupan.

“Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku? Bukan sebuah kisah cinta biasa, ia kisah reda. Pengorbanan dan hati yang memilih untuk damai,” ulasnya.

Sedang hangat ditayangkan di pawagam negara jiran, filem ini telah dibawakan ke layar perak di Malaysia oleh Penerbit Indonesia, Paragon Pictures, Ideosourse Entertainment dan Penerbit Bersama, Astro Shaw.

‘Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?’ merupakan sebuah filem kolaborasi Indonesia–Malaysia yang turut disokong oleh Netzme, KMIF, WOW Multinet Pictures dan Virtuelines Entertainment.

Filem ini menampilkan pelakon yang popular dengan watak Bawang Putih dalam kalangan penonton Malaysia, Revalina S. Temat bersama pelakon Gunawan Sudrajat, Megan Domani, Annisa Kaila, Roy Sungkono, Risma Nilawati, Dhawiya Zaida, Daniella Sya, Alex Abbad, Sheila Kusnadi, Venly Arauna, dan Ustazah Shofwatunni.

‘Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?’ diarahkan Jay Sukmo yang dikenali menerusi karya-karya beremosi seperti ‘The Chocolate Chance’, ‘Jendela Seribu Sunga’i dan ‘Culture Shock’ yang pernah menduduki carta Top 1 Netflix Indonesia selama lapan minggu berturut-turut.

Manakala skrip filem ini pula ditulis oleh Utiuts dan Priska Amalia.

Filem ini menampilkan kisah yang menyentuh realiti kehidupan dengan memfokuskan kepada keupayaan untuk memaafkan dan melepaskan, khususnya daripada sudut pandang seorang wanita yang dikhianati.

Mengangkat tema kecurangan, perceraian serta luka emosi dalam institusi keluarga, penceritaan filem ini menyelami peranan doa sebagai penenang jiwa dan kekuatan utama bagi golongan wanita untuk bangkit daripada trauma.

Watak Sarah, lakonan penuh jiwa Revalina, terpaksa tinggal sebumbung bersama bekas suaminya yang baru mengalami strok bersama isteri baharu demi melindungi mereka.

Meskipun berat hati dan mendapat tentangan hebat daripada anaknya sendiri iaitu Laila, pengorbanan Sarah menguji batas kekuatan dan keikhlasan dirinya.

Saksikan ‘Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?’ yang kini di pawagam seluruh Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

(Refine by Lovito) Cute Dress Plaid Tie Front Smocked Summer/Spring Dress for Women LR2AD007 (Refine by Lovito) Gaun Comel Bertali Kotak-kotak Di Bahagian Depan Gaun Musim Panas/musim Bunga Untuk Wanita LR2AD007

(Refine by Lovito) Casual Flat Sandals Sandals Criss Cross Spring/summer Black Flat Sandals for Women LR13E410 (Refine by Lovito) Jalan Kasual Sandal Raba Rantai Musim Bunga/panas Hitam Sandal Rata LR13E410

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

(Lovito Refine) Casual Dress Tweed Fabric New Chinese Style Bow Texture Spring/summer Pink Dress for Women LR29A074 (Lovito Refine) Gaun Kasual Fabrik Tweed Tekstur Reben Gaya Cina Baharu Gaun Merah Jambu Musim Bunga/musim Panas Untuk Wanita LR29A074

Must-Watch Video

Advertisement