Skip to main content

Hiburan

Dahlia Rizal Berang Individu Dikenali Suami Tergamak Fitnah ‘Cucuk’ Muka Guna Akaun Palsu - “Saya Terima Maaf Tapi…”

ncjcxk

Isteri kepada pelakon Imran Aqil, Dahlia Rizal tampil mempertahankan diri selepas mendakwa menjadi mangsa fitnah oleh sebuah akaun palsu yang menuduhnya menjalani rawatan kulit termasuk suntikan wajah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Dahlia memuat naik tangkap layar hantaran individu berkenaan yang dipercayai menggunakan akaun palsu dan mengulang siar gambarnya.

“Perempuan ni makin hari makin bersungguh-sungguh nak cakap tak buat cucuk, sedangkan jejak digital kau memang ada di mana-mana,” tulis akaun tersebut.

Tidak berdiam diri, Dahlia menegaskan dia tidak pernah menjalani rawatan seperti yang didakwa dan perkara itu telah lama dijelaskan di media sosialnya.

“Dari dulu lagi saya sudah cakap saya tak pernah buat rawatan kulit di media sosial saya. Orang yang sudah lama mengikuti saya pasti tahu saya hanya buat rawatan wajah biasa dan rawatan di bawah mata sahaja.

“Pipi saya memang kekal begini sepenuhnya hasil penjagaan kulit. Terpulang kepada kamu semua nak percaya atau tidak. Kalau tak percaya, tak mengapa.

“Tetapi untuk melemparkan fitnah secara terbuka seolah-olah saya buat rawatan di seluruh wajah menggunakan akaun palsu, itu memang tak boleh diterima,” katanya.

Difahamkan, akaun palsu berkenaan dipercayai milik individu yang pernah menjadi kenalan dan pernah berkomunikasi dengan suaminya, Imran Aqil.

Malah, Dahlia turut berkongsi tangkap layar perbualan individu tersebut yang sebelum ini dilihat memberi ucapan tahniah kepada dirinya dan Imran, sekali gus menimbulkan tanda tanya terhadap niat sebenar di sebalik fitnah yang dilemparkan.

“Sekejap, saya tak faham. Macam mana awak boleh cakap semua benda itu, tapi dalam diam sebenarnya membenci saya?

“Okey, saya faham saya tak boleh buat semua orang suka saya. Tapi untuk melemparkan fitnah terhadap saya secara terbuka menggunakan akaun palsu awak sendiri, itu memang gila.

“Dalam mesej peribadi ini nampak elok saja, kan?” luahnya.

Dalam perkongsian seterusnya, Dahlia turut memuat naik tangkap layar perbualan terakhir antara dirinya dan individu berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar kepada umum.

“Ini adalah pengakhiran perbualan kami sebab ramai yang ingin tahu apa yang saya balas. Tidak, saya belum boleh melupakannya kerana saya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa seseorang yang dikenali oleh suami saya sanggup menganiaya saya dengan memuat naik hantaran fitnah tanpa sebarang bukti.

“Hantaran itu berada lama di media sosial sehingga dia akhirnya terbongkar. Saya yakin jika perkara itu tidak didedahkan, hantaran tersebut tidak akan dipadam dan tiada permohonan maaf dibuat,” katanya.

Menurut Dahlia, dia pada awalnya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang, namun memilih untuk tidak meneruskannya selepas berfikir panjang.

“Saya cuma ingin mengingatkan semua orang bahawa menyebarkan tuduhan palsu tentang saya tanpa bukti adalah tidak wajar. Jika mahu menyebarkan fitnah, sekurang-kurangnya gunakan akaun sebenar.

“Dan jika mahu melemparkan kebencian, pastikan anda bukan orang yang rapat dengan ahli keluarga saya kerana itu tidak akan kelihatan baik,” tegasnya.

cckckjf

Dahlia bagaimanapun mengakui menerima permohonan maaf yang dibuat, namun menegaskan dia tidak mampu memaafkan perbuatan tersebut.
 

“Saya terima permohonan maaf itu, tetapi saya tidak memaafkan dan saya tidak akan melupakan. Ketika hantaran itu dibuat, jelas tiada langsung memikirkan kesan dan akibatnya.

“Kebiasaannya orang hanya minta maaf apabila mereka tertangkap. Sama ada permohonan maaf itu ikhlas atau tidak, saya sendiri tidak tahu. Apa pun, inilah kenyataannya,” katanya.

 

Sumber: Instagram Story Dahlia Rizal

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Must-Watch Video

Advertisement