Ringkasan AI
- Dahlia Rizal, pempengaruh media sosial, memuji filem seram terbaru Astro Shaw, Malam Terlarang, di platform Threads.
- Dahlia menyanjung kekuatan jalan cerita, kesan bunyi, dan sinematografi filem arahan Nurhanisham Muhammad.
- Dahlia menyifatkan pengalaman menonton filem itu sebagai mendebarkan dan menyeramkan dengan jumpscare yang berkesan.
- Filem ini menampilkan pelakon seperti Zul Ariffin, Sofia Jane, dan Normah Damanhuri.
- Malam Terlarang kini ditayangkan di seluruh negara dan mendapat sambutan hangat sejak 30 Oktober lalu.
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal turut tampil memberikan pujian terhadap filem seram terbaharu terbitan Astro Shaw, Malam Terlarang, yang kini menjadi bualan hangat di media sosial.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Dahlia memuji kekuatan jalan cerita, kesan bunyi serta sinematografi filem arahan Nurhanisham Muhammad atau lebih dikenali sebagai Labu itu.
Katanya, Malam Terlarang berjaya memberikan pengalaman menonton yang mendebarkan dan menyeramkan.

“Malam Terlarang was gewd yall idk why in my threads ramai kata tak?! It was DEFINITELY scary, hantu dia aku takut thiak & jumpscares were definitely JUMPSCARING!! Plot was gewd too 8.9/10
“Cinematography was 100/10!! Cantik gilo.” tulisnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang bersetuju dengan pandangan Dahlia. Rata-rata turut menganggap Malam Terlarang sebagai antara filem seram tempatan terbaik tahun ini.
Filem terbitan Astro Shaw itu menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Normah Damanhuri dan Sabri Yunus.
Malam Terlarang kini sedang hangat ditayangkan di panggung seluruh negara serta mencatatkan sambutan luar biasa sejak tayangan perdananya pada 30 Oktober lalu.
Sumber: Threads