Skip to main content

Hiburan

Dai Fuad Pernah Kecewa Kerana Kahar: Kapla High Council Sebab…

Dai Fuad Pernah Kecewa Kerana Kahar: Kapla High Council Sebab…

Sekilas

  • Dai Fuad pernah kecewa selepas gagal mendapatkan watak Beja dalam filem Kahar: Kapla High Council walaupun berjaya sampai ke peringkat lima terbaik.
  • Dia mengakui perasaan kecewa itu kerana sudah hampir untuk menjadi sebahagian daripada francais Projek: High Council yang sangat berkualiti.
  • Dai Fuad kini diperkenalkan sebagai salah seorang pelakon utama dalam filem Kudrat 1968, prekuel kepada dunia High Council.
Advertisement

Pelakon, Dai Fuad mengakui pernah berasa kecewa selepas gagal mendapatkan watak Beja dalam filem Kahar: Kapla High Council

 

Advertisement

Menurut Dai Fuad, perjalanan untuk mendapatkan tempat dalam projek berkenaan bukan mudah apabila dia perlu melalui beberapa peringkat pemilihan sebelum berjaya berada dalam kelompok lima terbaik.


“Macam kita tahu lah, Kahar juga satu orang kata sequel yang agak besar selepas High Council. So, berstage-stage. Saya percaya empat stage dan saya berjaya hingga stage keempat yang mana daripada online audition sampai live audition 200 sampailah lima, top 5.

 

“Masa itu saya cuba untuk watak Beja tapi well deserve untuk Aedy Ashraf dia melakukan sangat baik untuk watak itu tapi rezeki saya bukan di situ tapi bila saya habis dapat keputusan sebelum Raya, saya akui saya sedih tapi saya dapat kata-kata yang tak bagi saya berhenti.

 

"Saya pegang kata-kata itu sehinggalah dapat Kudrat 1968," katanya. 

Mengulas mengenai perasaan kecewa tersebut, Dai Fuad mengakui ia hadir kerana dirinya sudah berada begitu hampir untuk menjadi sebahagian daripada francais yang dibina daripada dunia Projek: High Council.


“Perasaan tu hadir sebab dia dah top 5,  dia dah hujung betul, tinggal sikit-sikit ni saja untuk terus nak nak nak berada dalam francais itu. 

 

“Pada masa awal-awal ni macam kita buat sebab kita tahu this this High Council lah satu projek yang sangat berkualiti dan naskhah dia sangat-sangat bagus. 

 

“So saya sebagai pelakon muda pada masa itu kita mencuba untuk watak-watak yang ditulis dengan hebat, sebab masa pertama kali saya tengok siri ini sudah terdetik di hati saya untuk bekerja dengan orang yang buat projek High Council dan salah seorangnya ada Ika dan saya dapat peluang itu dalam Kudrat 1968,” ujarnya. 


​​Sekadar info, Dai Fuad diperkenalkan sebagai salah seorang dari enam pelakon utama bagi filem Kudrat 1968.

 

Kudrat 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

 

Selain Dai Fuad, filem itu turut dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement