Skip to main content

Hiburan

Dakwa Aina Abdul Terlalu Mahu Penuhi Kehendak Orang, Ini Jawapan Tuan Badan - "Saya Tak Akan Bertahan Jika Hanya..."

Dakwa Aina Abdul Terlalu Mahu Penuhi Kehendak Orang, Ini Jawapan Tuan Badan - "Saya Tak Akan Bertahan Jika Hanya..."

Sekilas

  • Aina Abdul menjelaskan konsep persembahan dan karya yang diketengahkan adalah hasil imaginasi dan identitinya sendiri, bukan untuk memenuhi kehendak orang lain.
  • Beliau menegaskan konsep tersebut merupakan branding yang ingin dibawa sebagai seorang penghibur.
  • Aina menghargai keprihatinan netizen tetapi mahu meluruskan salah faham mengenai niat di sebalik persembahannya.
Advertisement

Seorang individu berjaya menarik perhatian penyanyi dan komposer, Aina Abdul selepas menyatakan pendapatnya di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut berpendapat Aina terlalu berusaha untuk memenuhi kehendak orang di sekelilingnya semata-mata untuk membuktikan dirinya bagus.

Advertisement

Tidak melatah dengan komen tersebut, pelantun lagu Berjauh-an itu tampil menjelaskan setiap konsep dan persembahan yang diketengahkan selama ini bukanlah bertujuan untuk memenuhi kehendak orang lain sebaliknya hadir menerusi imaginasi dirinya sendiri.

“Sayangku, saya sangat menghargai keprihatinan awak. Tetapi ketahuilah, segala yang saya persembahkan di pentas AJL hingga ke hari ini bukanlah untuk memenuhi kehendak sesiapa.

“Itu karya saya, tulisan saya dan imaginasi saya. Saya tidak akan mampu bertahan lama sekiranya hanya mahu memuaskan hati orang lain. Percayalah,” jelas Aina.

Advertisement

Dalam masa sama, Aina turut menegaskan konsep persembahan sedemikian sememangnya menjadi identiti atau branding yang ingin diketengahkannya sebagai seorang penghibur.

“Itulah branding yang saya ketengahkan melalui sosok Aina Abdul.

“Tetapi terima kasih atas keprihatinan dan kasih sayang awak. Cuma saya perlu betulkan perkara ini,” katanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement