Skip to main content

Hiburan

Dakwa Difitnah Jurulatih Kecergasan, Ojen Aiwah Dah Rujuk Peguam - “Aku Akan Saman & Kerakyatan Kau Akan…”

Ojen Aiwah

Sekilas

  • Ojen Aiwah mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan yang didakwa memfitnah perniagaannya melalui beberapa video di media sosial.
  • Peguam Ojen menjelaskan video tersebut mengandungi kenyataan fitnah dan boleh dijadikan bukti untuk saman serta siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Ojen menegaskan akan meneruskan tindakan mahkamah dan memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dalam berkata-kata serta tidak membenci individu tanpa sebab.

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojen Aiwah memberi bayangan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pempengaruh media sosial yang juga jurulatih kecergasan.

Menerusi Threads, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama seorang peguam berhubung beberapa video dimuat naik jurulatih kecergasan tersebut yang didakwa telah merosakkan nama baik bisnesnya.

Menurut peguam tersebut, video tersebut boleh dijadikan sebagai bahan bukti dan boleh dibawa ke muka pengadilan selepas terdapat maklumat yang tidak tepat dikeluarkan jurulatih kecergasan itu berhubung perniagaan Ojen.

“Boleh hantar Letter of Demand (LOD) untuk dia buat pemohonan maaf. Kalau tak minta maaf, boleh failkan saman fitnah.

“Ada kenyataan fitnah lebih-lebih lagi dia cakap Ojen guna coklat murah dan tak berkhasiat. Ada juga video dia yang boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kongsi peguam.

Sementara itu, Ojen juga memaklumkan bahawa dia akan membawa kes ini ke muka pengadilan bagi memberikan pengajaran kepada individu berkenaan.

Di akhir perkongsian, Ojen menitipkan pesan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata dan jangan pernah membenci individu yang kita tidak kenali.

“Perhatian kepada orang asing yang dulunya gemuk sekarang dah sado kononnya lelaki sejati. Segala maklumat kau dan selama ni kau beli kes untuk menjaja cerita public figure hanyalah untuk chasing cloud atau view.

“Aku dah serahkan kepada peguam dan pegawai penyiasat. Aku tak akan ulang, aku akan saman kau dan kerakyatan kau akan ditarik balik,” ujarnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PETA 3QUATER borong harga M to 15XL.

PETA 3QUATER borong harga M to 15XL.

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

Eaglade Tactical Cargo Pants for Men In Grey Stretchable Waterproof IX9-Stretch

Eaglade Tactical Cargo Pants for Men In Grey Stretchable Waterproof IX9-Stretch

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Clashe Skirts For Women Korean Style Loose A-line Rok Perempuan Pinggang Getah Denim Skirts

Clashe Skirts For Women Korean Style Loose A-line Rok Perempuan Pinggang Getah Denim Skirts

Hi.sweetie 🎀 [Ready Stock] 7A Antibacterial Mid Waist Ice Silk Seamless Woman Underwear Yoga Panties Plus Size 85KG

Hi.sweetie 🎀 [Ready Stock] 7A Antibacterial Mid Waist Ice Silk Seamless Woman Underwear Yoga Panties Plus Size 85KG

Must-Watch Video

Advertisement