Skip to main content

Selebriti

Dakwa Rumah Didatangi Pengutip Hutang Cari Bekas Isteri, Nubhan Bimbang Keselamatan Anak-Anak - “Mohon Keluarga & Diri Saya Tidak Dilibatkan Dalam Hal Ini”

Dakwa Rumah Didatangi Pengutip Hutang Cari Bekas Isteri, Nubhan Bimbang Keselamatan Anak-Anak - “Mohon Keluarga & Diri Saya Tidak Dilibatkan Dalam Hal Ini”

Sekilas

  • Penyanyi Nubhan mendakwa kediamannya didatangi pengutip hutang yang mencari bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah.
  • Nubhan menegaskan akan ambil tindakan undang-undang jika keselamatan dirinya, anak-anak dan keluarga terancam.
  • Nubhan dipercayai telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut, namun butiran lanjut tidak didedahkan.
Advertisement

Penyanyi Nubhan mendakwa kediamannya didatangi oleh individu dipercayai pengutip hutang yang sedang mencari bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie.

Menerusi perkongsian di media sosial, Nubhan, 40, menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya keselamatan diri, anak-anak dan keluarganya terancam.

Advertisement

Menurut Nubhan, sebelum ini dia mengambil keputusan untuk tidak terlalu berkongsi perkara berkaitan isu rumah tangganya di media sosial kerana bimbang ahli keluarganya menjadi sasaran kecaman orang ramai.

“Sebelum ini saya sangat risau untuk post apa-apa di media social kerana saya khuatir keluarga saya di kecam, mak saya dihina dan macam-macam lagi.

“Tapi apabila baru-baru ini rumah saya didatangi pengutip hutang, saya rasa amat risau atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya.

Advertisement

“Memandangkan kedatangan pengutip hutang tersebut bertujuan mencari bekas isteri saya, mohon jasa baik agar anak-anak, keluarga dan diri saya tidak dilibatkan dalam isu ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Nubhan juga turut dipercayai membuat laporan polis berhubung kejadian itu, namun butiran lanjut termasuk tarikh laporan berkenaan dibuat tidak didedahkan.

Menurut laporan tersebut, Dr. Fie didakwa gagal dihubungi pihak pemiutang.

Sumber: Threads @nubhan.ahamad
 


 

Anda mungkin berminat dengan

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Must Watch Video

Advertisement