Skip to main content

Viral

"Dalam Duka Ada Suka" - Nur Iman Darwisy Terima Anugerah Rising Star Di Bumiputera Business Excellence Awards 2025

iman_darwisy

Sekilas

  • Nur Iman Darwisy diumumkan sebagai penerima Rising Star Award dalam Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025 atas kecemerlangan dan potensi besar dalam bidang seni.
  • Beliau dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang pada usia 12 tahun termasuk bakat vokal, disiplin tinggi, dan karisma pentas yang menonjol.
  • Nur Iman juga pernah meraih tempat keempat dalam rancangan The Chosen One Extra, mengukuhkan reputasinya sebagai bintang muda yang semakin bersinar.

Bintang The Chosen One Extra, Nur Iman Darwisy diumumkan sebagai penerima Rising Star Award dalam Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025.

Anugerah ini diberikan kepada golongan muda Bumiputera yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa, kepimpinan serta potensi besar dalam bidang masing-masing.

"Alhamdulillah dalam duka ada suka. Terima kasih BBEA 2025 atas pemberian anugerah ini," tulisnya di Instagram.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Nur imandarwisy_official (@nurimandarwisy)

 

Tahun ini, Jawatankuasa Penganjur memilih Nur Iman berdasarkan pencapaian cemerlangnya pada usia 12 tahun, termasuk bakat vokal yang memukau, disiplin yang tinggi dan karisma pentas yang sukar dinafikan.

Selain bakat semula jadi, Nur Iman juga membuktikan keupayaannya di platform yang lebih besar. Sebelum ini, Nur Iman meraih tempat keempat dalam rancangan The Chosen One Extra terbitan One Extra Astro Ceria, sekali gus memperkukuh reputasinya sebagai bintang muda yang semakin bersinar.

Persembahannya di pelbagai program memperlihatkan dedikasi mendalam terhadap seni, selain keupayaan menguasai pentas dengan penuh yakin.

Majlis penganugerahan BBEA 2025 akan menghimpunkan penerima daripada pelbagai latar belakang yang telah memberi sumbangan bermakna dalam bidang masing-masing. 
 

Must-Watch Video

Advertisement