Sekilas
- Damian Mikhail tidak kisah wajahnya disamakan dengan pelawak terkenal, Saiful Apek, dan menganggapnya sebagai satu pujian.
- Damian memuji Saiful Apek sebagai seorang legenda seni yang bijak, merendah diri, dan mempunyai nilai budi pekerti tinggi.
- Netizen bersetuju dengan pujian Damian dan mengenali Apek sebagai seorang yang peramah serta sering memberi kata-kata semangat.
Penyanyi dan komposer, Damian Mikhail tidak kisah wajahnya disamakan dengan pelawak terkenal, Saiful Apek.
Malah, Damian menyifatkan perbandingan tersebut sebagai satu pujian dan berbesar hati sekiranya ada yang menganggap wajahnya mempunyai persamaan dengan legenda seni berkenaan.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Damian juga turut menyatakan rasa kagum terhadap Apek.
Menurut Damian, Apek merupakan seorang penggiat seni yang bijak, merendah diri serta mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi.
“Kenapa guys? Betul ke rupa saya ni iras-iras abang Saiful Apek?
“Kalau ya sekalipun aku amat berbangga korang samakan rupa aku dengan seorang lagenda seni tanah air yang cukup intelligent, cukup humble dan tinggi nilai budi pekertinya,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pujian Damian terhadap Apek.
Malah Apek juga sangat dikenali dengan sikapnya yang peramah, tidak sombong dan sering memberikan kata-kata semangat buat orang ramai.