Skip to main content

Hiburan

Dapat Gelaran ‘Datuk’, Ziana Zain Anggap Tiada Perubahan - “Inilah Saya, Siti Roziana Zain”

Ziana Zain

Sekilas

  • Datuk Ziana Zain menegaskan dia tetap sama seperti sebelum dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) pada 24 Ogos lalu.
  • Ziana menolak sikap hipokrit dan mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu berubah kerana gelaran yang diterima.
  • Dia menganggap anugerah itu sebagai penghormatan dan rezeki yang tidak disangka-sangka daripada kerajaan negeri Melaka, tempat kelahirannya.
Advertisement

Dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) pada 24 Ogos lalu, penyanyi Datuk Ziana Zain berkata dia tetap orang yang sama seperti sebelum dapat gelaran. 

 

Advertisement

Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, dia hanya mahu menjadi diri sendiri kerana enggan bersikap hipoktrik. 

 

“Saya ini sama seperti dulu… tidak la kata bila dah ada D dekat dahi ini kena (mendongak). Saya sama saja, Siti Roziana Zain. 

 

“Saya sama seperti biasa… kita tak nak la jadi hipokrit. Kita tak nak ada dua keperibadian yang berbeza. Saya adalah saya. Inilah saya. 

Advertisement

 

“Nanti kalau nak terlalu terjaga-jaga, kita macam tak hidup dalam dunia yang nyata,” kata Ziana kepada Gempak. 

 

Penyanyi lagu Madah Berhelah itu berkongsi perkara tersebut ketika hadir ke program MeleTOP pada Selasa. 

 

Dalam pada itu, penyanyi berusia 58 tahun ini mengakui dia tidak pernah mengharapkan penghargaan memandangkan dirinya hanya ingin memberi terbaik untuk peminat dan masyarakat. 

 

“Ramai cakap saya patut dapat… tapi sebenarnya saya tak mengharap apa-apa sebab ini adalah kerja, rezeki saya dan tanggungjawab saya terhadap peminat dan masyarakat. 

 

“Bila dianugerahkan itu adalah satu anugerah yang besar. Bagi saya, ini adalah satu penghormatan yang diberikan kepada saya sebagai anak seni.

 

“Selain ia juga rezeki saya yang tak disangka-sangka yang diberikan Allah dan saya sangat bersyukur kerana penglibatkan saya ini diiktiragkan oleh kerajaan negeri di mana tempat saya lahir iaitu Melaka,” katanya. 

 

Ziana yang juga anak jati Merlimau, Jasin menerima anugerah itu pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, di Balai Istiadat Seri Negeri, pada 24 Ogos lalu. 

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement