Skip to main content

Hiburan

Dapat Sambutan Menggalakkan, One World Muslimah Cadang Anjur Program Doa Dari Hati Secara Bersiri - “Alhamdulillah Sambutan Memberangsangkan”

Doa Dari Hati

Sekilas

  • Program kerohanian Doa Dari Hati anjuran One World Muslimah (OWM) bersama Premiera Hotel Kuala Lumpur akan diteruskan secara bersiri selepas menerima sambutan menggalakkan.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri turut hadir memeriahkan program tersebut sebagai tanda sokongan kepimpinan negara terhadap inisiatif rohani.
  • OWM menegaskan penceramah yang dipilih mestilah bertauliah dan dipilih melalui perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa serta mengambil kira maklum balas peserta.

Selepas menerima sambutan yang menggalakan, program kerohanian Doa Dari Hati yang dianjurkan One World Muslimah (OWM) bersama Premiera Hotel Kuala Lumpur akan diteruskan secara bersiri.

Kejayaan ini menunjukkan bukti bahawa peranan program itu sebagai platform pengisian rohani berjaya memberikan impak yang berterusan.

Menurut pengerusi OWM, Noor Razlina Noor Mohamed berasa teruja apabila sambutan yang memberangsangkan itu juga diceriakan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri.

“Alhamdulillah, sambutan untuk kedua-dua acara amat memberangsangkan.

“Doa Dari Hati sememangnya dirancang sebagai program bersiri. Ia merupakan program di anjuran Hotel Premiera dan akan dianjurkan dalam bentuk majlis-majlis halaqah bersama Ustazah Najihah. Tarikh dan waktu akan dipilih dengan teliti agar sesuai.”

Dalam pada itu, Noor Razlina memaklumkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke Program Doa Dari Hati disifatkan sebagai satu penghormatan besar buat OWM selain mencerminkan sokongan kepimpinan negara terhadap inisiatif berteraskan pengisian rohani dan pembangunan jiwa masyarakat.

"Sokongan yang dizahirkan secara langsung itu diharapkan dapat diteruskan secara istiqamah sebagai tanda dukungan berterusan terhadap usaha NGO seperti OWM serta kerjasama bersama Premiera Hotel dalam menganjurkan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu, Razlina turut menegaskan bahawa OWM akan meneruskan prinsip mereka dalam memilih penceramah yang bertauliah.

“Setiap penganjur mempunyai strategi dan pendekatan masing-masing, dan saya tidak berada pada posisi untuk menilai keputusan pihak lain. Namun bagi One World Muslimah (OWM), penceramah mestilah mempunyai tauliah yang sah daripada pihak berkuasa, dan pemilihan dibuat melalui perbincangan serta persetujuan bersama Ahli Jawatankuasa OWM. Kami juga mengambil kira maklum balas dan permintaan peserta setia yang mengikuti program-program kami,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement