Skip to main content

Hiburan

‘Dapur Goodday’ Program Realiti Drama Masakan Kembali!

Zizan Razak

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari, program ini disiarkan setiap hari jam 5.30 petang di saluran Astro Ria serta boleh distrim melalui platform Astro GO, serta di portal Astro Gempak. 

Meneruskan konsep unik ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’, penonton bukan sahaja menonton hidangan di skrin televisyen, malah boleh merasai sendiri menu yang sama di dunia sebenar. Setiap hidangan yang dipaparkan dalam episod harian akan dijual kepada orang ramai di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya pada keesokan hari, sekali gus memberi peluang kepada penonton untuk menikmati sendiri sajian yang ditonton di TV. Lebih unik, menu di bazar akan berubah setiap hari mengikut hidangan istimewa yang diadun dengan susu Goodday yang disiarkan dalam program, menjadikan pengalaman Ramadan lebih interaktif dan segar buat pengunjung.

Inisiatif ini memperkukuhkan konsep dari skrin ke pinggan, di mana tontonan di televisyen diterjemahkan kepada pengalaman sebenar di bazar Ramadan, sekaligus menghubungkan dunia hiburan dan kulinari dalam satu pengalaman yang unik sepanjang bulan Ramadan. Konsep ini dicetuskan oleh Santharuban Thurai Sundaram selaku Penerbit Eksekutif Dapur Goodday : Misi Inspektor Sani, manakala idea program diolah dan ditulis oleh Sham Hashim dari Astro Gempak. 

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad, “Selepas kejayaan musim pertama tahun lalu, kami amat teruja untuk kembali dengan musim kedua Dapur Goodday yang tampil dengan skala dan pendekatan lebih dinamik. Menerusi kerjasama berterusan bersama Goodday, kami membawa kelainan dengan mengetengahkan watak ikonik Inspektor Sani daripada filem pecah panggung Polis Evo sebagai teraju penceritaan, sekali gus menyuntik elemen drama, komedi dan kulinari dalam satu format hiburan yang lebih segar dan menghiburkan.

Tahun ini juga menyaksikan kami memperluaskan pengalaman program ke Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya, bagi merealisasikan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’ secara lebih menyeluruh dan imersif, di mana kandungan di skrin diterjemahkan kepada pengalaman sebenar yang boleh dinikmati orang ramai. Kami turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Goodday atas sokongan dan kerjasama berterusan yang menjadi pemangkin utama dalam menjayakan inisiatif unik ini.”

Selepas kejayaan musim pertama Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah vs Che Ton tahun lalu, musim kedua kali ini menampilkan kemunculan watak ikonik Inspektor Sani daripada filem pecah panggung Polis Evo, yang dijayakan oleh Zizan Razak sebagai watak utama. 

Penonton akan mengikuti kisah Inspektor Sani yang menjalankan operasi penyamaran sebagai peniaga makanan di Kampung Hari Baik bagi menjejaki Capik, seorang dalang dadah yang licik serta pakar dalam penyamaran. 

Dibantu oleh pegawai Gen Z yang bijak dan bersahaja, Ain, Inspektor Sani menggunakan hidangan viral ciptaannya, ‘Ayam Golek Tertumpah Susu’ yang lazat, sebagai ‘senjata’ untuk mendekati penduduk kampung, mencuri hati mereka, dan meraih kepercayaan komuniti setempat. Di sebalik gelak tawa, setiap resipi dan interaksi menjadi sebahagian daripada strategi halus Sani untuk mengesan jejak dan membongkar lokasi persembunyian Capik.

Keunikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani turut terserlah apabila setiap resepi menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuan utama, sekali gus menghasilkan hidangan yang kaya rasa dan sesuai dinikmati Ramadan ini. 

Hidangan Istimewa, ‘Ayam Golek Tertumpah Susu’ 

Untuk musim ini, hidangan ‘Ayam Golek Tertumpah Susu’ menjadi nadi utama penceritaan dan ia adalah sebuah resepi ciptaan baharu yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan dan diperkaya dengan sentuhan susu Goodday, sekali gus menghasilkan sajian yang lebih lazat, berkrim dan memikat selera sebagai menu signature yang eksklusif. 

Sebagai tawaran pengenalan sempena Ramadan, ‘Ayam Golek Tertumpah Susu’ turut diperkenalkan dengan harga promosi istimewa serendah RM0.99 untuk seekor ayam untuk dua hari terawal Ramadan. Selepas tempoh promosi tersebut, hidangan ini masih boleh dinikmati pada harga berpatutan, memberi peluang kepada semua pengunjung daripada pelbagai lapisan untuk merasai sendiri keenakan menu istimewa ini.

Kemunculan Watak-Watak Ikonik Dari Program Astro

Selain Inspektor Sani, program 30 minit ini turut menampilkan watak-watak popular dari Astro seperti ASP Farouk (Fauzi Nawawi) dan Chao (Michael Ang) dari Polis Evo, Saiful (Saiful Apek) dari Senariounion, Botol (Chubb-E) dari Projek Anchor SPM, Ezie (Arena Wan) dari Generasi Perfect 10, Nayan (Ropie) dan Kak Limah (Delimawati) dari Hantu Kak Limah, Effa (Wafariena Roslan) dari Sepahtu Reunion ‘Gossip Girls’, Sarjan Ain ‘Tech Support (Isyariana), Capik (Daniel Zaini) dari X-Change, Dali (Dato Aaron Aziz) dari Banduan, Ammar (Syarul Ezani) dari Akad Yang Hilang, Pamakbul dari Malam Terlarang, Megat Hafiz (Edaman Othman) dari Thariq Ridzuwan, Kak Munah (Watie Ellite) serta watak baru Boboy (Dzul Haziq) yang akan menyertai misi masakan bersama Inspektor Sani, menjadikan setiap cabaran lebih menghiburkan. 

Dengan gabungan elemen hiburan, rasa dan pengalaman interaktif, Dapur Goodday : Misi Inspektor Sani dijangka menjadi tontonan wajib sepanjang Ramadan, sekaligus memperkukuhkan lagi konsep inovatif yang menghubungkan dunia skrin dengan pengalaman sebenar di Bazar Ramadan, Presint 3, Putrajaya. 

Sementara itu, Festival Ramadan Putrajaya 2026 dilancarkan secara rasmi dan Bazar Dapur Goodday : Misi Inspektor Sani turut menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Puan Hannah Yeoh.

Dalam lawatan tersebut, YB Puan Hannah Yeoh bersama barisan selebriti dari Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani seperti Zizan Razak, Isyariana, Saiful Apek dan Fauzi Nawawi turut mengedarkan 300 kotak susu tajaan Goodday kepada para pengunjung sebagai tanda penghargaan dan memeriahkan lagi sambutan Festival. 

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria, setiap hari sepanjang Ramadan, 5.30 petang, serta platform Astro GO. Gunakan #DapurGoodday #MisiInspektorSani #GempakOriginalSeries #GooddayMilkMY #DariSkrinKePinggan di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads, Facebook akaun Gempak.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement