Skip to main content

Hiburan

Dari Bilik Darjah Ke Pentas Dunia, Taanusiya Chetty Mahu Buktikan Guru Juga Mampu Bermimpi Besar

Taanusiya Chetty

Sekilas

  • Taanusiya Chetty anggap kejayaan bawa nama Malaysia di Miss World 2026 sebagai satu anugerah besar dalam hidupnya.
  • Beliau harap lebih ramai guru percaya mereka boleh bermimpi besar dan bawa perubahan ke pentas dunia.
  • Taanusiya berjaya raih tempat ketiga selepas mara ke Top 6 dan Top 2 Beauty With a Purpose dalam pertandingan itu.
Advertisement

Ratu cantik Malaysia, Taanusiya Chetty menganggap kejayaannya membawa nama negara di mata dunia merupakan satu anugerah yang sangat besar dalam kehidupannya. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Tasnusiya turut beranggapan seorang guru sepertinya juga mampu untuk mempunyai impain besar dan membawa bama negara ke pentas dunia. 

 

“Tak tahu nak rasa macam mana 🥹 Sejauh ini saya dapat membawa nama negara adalah satu anugerah yang sangat besar. 

 

“Sekarang, saya cuma berharap lebih ramai percaya bahawa seorang guru juga mampu bermimpi besar, melangkah jauh dan membawa nama negara ke pentas dunia.🇲🇾

Advertisement

 

“Dengan sepenuh hati, untuk Be.The.Change_MY segala yang saya perjuangkan, saya lakukan kerana percaya bahawa perubahan bermula dengan satu langkah kecil,” kongsinya. 

 

Dalam pada masa yang sama, Taanusiya juga mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan sehingga dapat membawa perubahan bersama-sama.

 

“Terima kasih semua kerana percaya pada saya. Ini bukan hanya tentang sejauh mana saya pergi, tetapi tentang sejauh mana kita boleh membawa perubahan bersama,” ujarnya lagi. 

 

Untuk info, Taanusiya Chetty mencipta pencapaian membanggakan apabila menamatkan saingan Miss World 2026 di tempat ketiga, selepas berjaya mara sehingga kelompok Top 6 pertandingan berprestij itu.

 

Pencapaian itu melengkapkan perjalanan cemerlang Taanusiya pada edisi ke-73 Miss World, selepas beliau terlebih dahulu mara ke Top 20 menerusi pencapaian Top 2 Beauty With a Purpose, sebelum meneruskan kemaraan sehingga Top 6.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Must Watch Video

Advertisement