Sekilas
- Seorang wargamaya mendakwa hubungan Jofliam dan Dewi tidak akan berakhir baik dan ada unsur manipulasi dalam hubungan tersebut.
- Cik Epal bersetuju dengan pandangan itu, menyifatkan Jofliam sebagai individu yang mementingkan diri dan sanggup menggunakan orang lain untuk capai impian.
- Jofliam sebelum ini memaklumkan hak hadanah anak jatuh kepadanya dan kes komital terhadapnya telah digugurkan selepas berpisah dengan Cik Epal selepas 10 tahun bersama.
Seorang wargamaya menyorot perhatian apabila mendakwa hubungan yang dikaitkan dengan Jofliam dan Dewi tidak akan berakhir dengan baik.
Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan turut menyifatkan hubungan tersebut baru sahaja bermula dan mendakwa terdapat unsur manipulasi di sebaliknya.
“One thing from me. Dia takkan berakhir dengan QurrrrQurrr. This is just the beginning. QurrQurr tu hanya ‘transit’ for manipulation,” tulisnya.
Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian usahawan dan personaliti media sosial, Cik Epal yang dilihat seakan-akan bersetuju dengan pandangan tersebut.
Cik Epal yang menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang yang mementingkan diri mendakwa dia juga sanguup menggunakan orang di sekelilingnya untuk mencapai apa yang diinginkan.
“Kenapa macam nak setuju ek. Sebab dari dulu dia memang nak sangat bukti kan dia kaya dan perfect.
“Kalau betul pasal ulasan awak tentang ‘benda’ yang dia nak. Dia gunakan orang sekeliling untuk capai impian dia dan dia tak pernah sayang sesiapa pun.
“Dia hanya sayang diri dia je. Mulut dia sangat manis untuk memperdaya,” komen Cik Epal.
Dalam pada itu, Cik Epal berharap agar hubungan pasangat itu dapat berkekalan dan tidak lagi melibatkan orang lain.
“Tapi harap dia selamanya je la dengan hamak. Tak menyusahkan anak orang lain dah,” tambahnya.

Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram, bekas suami Cik Epal iaitu Jofliam memaklumkan hak hadanah bagi kedua-dua anak berkenaan jatuh kepadanya selaku bapa kandung.
Selain itu, Jofliam berkata, pihak yang terlibat telah menarik balik permohonan manakala kes komital terhadap dirinya juga telah digugurkan.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata. Namun, pasangan itu berpisah selepas 10 tahun bersama.