Sekilas
- Sienna Spiro bersyukur karya ciptaannya mendapat tempat di hati peminat dan menganggap itu pujian terbesar sebagai penulis lagu.
- Dia menghargai apabila pendengar berkongsi tafsiran mereka terhadap lagu-lagunya yang memberi ruang untuk pengalaman peribadi disambungkan.
- Lagu terbaharunya, termasuk 'The Visitor', banyak bertemakan persahabatan dan emosi umum yang pernah dialaminya.
Penyanyi, Sienna Spiro menzahirkan rasa syukur apabila karya ciptaannya mendapat tempat di hati para peminat.
Bagi Sienna, penghargaan itu adalah sesuatu yang paling bermakna dalam perjalanan seninya sebagai seorang komposer.
“Bagi saya, itu adalah pujian terbesar yang boleh diterima sebagai penulis lagu. Muzik banyak membantu saya sepanjang hidup dan hingga kini saya masih seorang peminat muzik,” katanya.
Tambah Sienna, dia amat menghargai apabila pendengar berkongsi tafsiran mereka terhadap lagu-lagunya.
Kerana bagi Sienna, kekuatan sesebuah karya terletak pada kebebasan untuk ditafsir mengikut pengalaman masing-masing.
“Saya suka apabila orang berkongsi bagaimana mereka mentafsir lagu saya. Saya gemar menulis lagu yang tidak menceritakan segalanya secara langsung, tetapi sekadar memberi bayangan perasaan supaya orang boleh kaitkan dengan kehidupan mereka sendiri,” jelasnya.
Pada masa sama, pelantun lagi Die On This Hill ini juga berkongsi dimana kebanyakan lagu terbaharunya bukanlah berpaksikan satu kisah khusus, sebaliknya lahir daripada emosi dan pengalaman umum yang pernah dirasai sepanjang hidupnya.
Kata penyanyi berusia 20 tahun itu, antara tema yang paling dekat di hatinya adalah berkaitan dengan persahabatan, termasuk dalam lagu terbaharunya berjudul The Visitor.
“Jika bercakap tentang patah hati, bagi saya yang paling menyakitkan sebenarnya adalah persahabatan. Itu juga antara tema utama dalam lagu ‘The Visitor’,” ujarnya.