Skip to main content

Hiburan

Dari Hero Remaja Ke Bintang Filem, Ini Antara Watak Ikonik Pernah Dibawa Syafiq Kyle

Syafiq Kyle

Sekilas

  • Syafiq Kyle dikenali sebagai pelakon versatil dengan pelbagai watak ikonik seperti Johan dalam Tanah Kubur dan Iman Shah dalam One Cent Thief.
  • Beliau juga memegang watak penting dalam filem dan drama seperti Keyrol dalam The Experts, Ustaz Adam dalam Nur, dan DSP Zamri dalam Takluk Lahad Datu.
  • Filem terbaharu Syafiq, Malaikat Malam, akan ditayangkan pada 26 Mac ini dengan kerjasama beberapa produksi terkenal dan menampilkan barisan pelakon hebat.

Nama pelakon, Syafiq Kyle tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Memulakan karier seninga menerusi program Hero Remaja bagi edisi 2011/2012, anak jati Kuala Lumpur ini dilihat sebagai antara pelakon lelaki paling versatil dan berpengaruh di era ini.

Kemunculannya dalam filem terbaharu yang bakal ditayangkan 26 Mac nanti iaitu Malaikat Malam sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam industri filem tanah air.

Berikut, Gempak kongsikan antara watak-watak ikonik yang pernah dipegang Syafiq sejak pembabitannya dalam dunia layar perak lebih seabad yang lalu.

Johan - Anak penggali kubur (Tanah Kubur)

Memulakan karier lakonannya menerusi drama bersiri Tanah Kubur, watak Johan yang dipegang Syafiq masih malar segar dalam ingatan penonton sehingga ke hari ini.

Watak Johan yang merupakan anak kepada Tok Adi memperlihatkan sisi dramatik dengan konflik yang berbeza pada setiap episod.

Untuk siri Tanah Kubur ini, Syafiq berjaya memegang watak Johan itu selama sembilan musim dibawah arahan pelakon terkenal, Rashid Sibir.

Iman Shah - Hacker (One Cent Thief)

Menerusi siri One Cent Thief, Syafiq tampil sebagai seorang penggodam bijak bernama Iman Syah yang berdepan dengan dilema moral sebagai seorang pekerja di sebuah bank terkemuka.

Watak ini melonjakkan namanya ke tahap lebih tinggi apabila berjaya menampilkan keseimbangan antara emosi, intelektual dan sisi pemberontak yang relatable.

Keyrol - Safecracker (The Experts)

Dalam filem aksi rompakan The Experts, Syafiq memegang watak sebagai seorang ‘safecracker’ yang berkarisma dan penuh gaya.

Karakter ini menyerlahkan sisi teknikal yah penuh dengan perancangan teliti bagi memastikan setiap kata kunci peti besi berjaya diselesaikan.

Memegang watak sebagai Keyrol, filem ini membuktikan betapa versatilnya Syafiq dalam membawa watak yang penuh debaran dan sarat dengan plot yang pastinya membantu jalan cerita.

Ustaz Adam - Ustaz (Drama Nur)

Menerusi sebuah drama yang diterbitkan sebuah stesen televisyen tempatan, Syafiq membawa watak sebagai Ustaz Adam yang berprinsip dan penuh empati.

Watak ini berjaya dibawa Syafiq dengan memperlihatkan sisi spiritual serta kematangan emosinya sebagai pelakon.

DSP Zamri - Askar (Takluk Lahad Datu)

Dalam naskhah berlatarkan tragedi pencerobohan Lahad Datu, Syafiq menggalas watak anggota tentera iaitu DSP Zamri.

Keberkesanan membawa watak ini juga menunjukkan sisi kepimpinan dalam diri Syafiq sekaligus membuktikan betapa versatilnya aktor ini dalam membawa apa-apa watak.

Ariff - Bodyguard (Blood Brothers)

Kerjaya Syafiq dilihat terus melangkah jauh menerusi watak Ariff melalui filem Blood Brothers.

Melalui watak di filem ini juga, Syafiq membuktikan ketangkasan serta kehebatannya dalam seni mempertahankan diri.

Daripada watak-watak ini juga menunjukkan bahawa Syafiq Kyle bukan sekadar pelakon satu dimensi namun mampu untuk membawa pelbagai jenis watak demi menghidupkan jalan cerita sesebuah naskhah.

Kemunculannya menerusi Malaikat Malam dijangka menambah satu lagi portfolio dalam evolusi kariernya.

Sekadar info, filem Malaikat Malam terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini di pawagam terpilih.

Selain Syafiq, filem yang mendapat sentuhan pengarah baharu, Nazifdin Nasrudin ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Tracie Sinidol, Que Haidar dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

Must-Watch Video

Advertisement