Skip to main content

Hiburan

Dari Rumah Sampai Farmasi, Rakyat Malaysia ‘Pause’ Aktiviti Harian Demi Tengok Majlis Pernikahan BASS

Dari Rumah Sampai Farmasi, Rakyat Malaysia ‘Pause’ Aktiviti Harian Demi Tengok Majlis Pernikahan BASS

Sekilas

  • Majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang berlangsung di Merdeka 118 Precinct menarik perhatian ramai dengan siaran langsung Astro yang mendapat sambutan hangat di media sosial.
  • Pasangan BASS ini diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi Sabtu, dengan majlis bertemakan Islamic Arabic dan dihadiri 255 jemputan termasuk keluarga serta kenalan rapat.
  • Bella dan Syed Saddiq memakai busana rekaan Zaimi Zulkafli, dengan mas kahwin RM500 dan hantaran tujuh dulang daripada pihak lelaki serta sembilan daripada pihak wanita.
Advertisement

Fenomena pasangan romantis iaitu pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi mencuri perhatian apabila ramai dilihat memberikan tumpuan terhadap majlis pernikahan mereka yang berlangsung pada Sabtu.

Menerusi siaran langsung yang dibawakan oleh Astro, orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan detik bersejarah pasangan yang dikenali sebagai BASS itu, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan gelagat mencuit hati di media sosial.

Advertisement

Menariknya, keterujaan rakyat Malaysia menyaksikan momen istimewa itu bukan sahaja dirasai oleh mereka yang berada di rumah, malah ada yang sanggup meluangkan masa untuk mengikuti siaran tersebut di tengah-tengah kesibukan aktiviti harian.

Menerusi perkongsian netizen di media sosial, ada yang berkongsi suasana mereka menonton majlis pernikahan Bella dan Syed Saddiq dari rumah, seolah-olah turut sama meraikan hari bahagia pasangan itu.

Lebih mencuri perhatian, ada juga yang dilihat mengikuti siaran langsung tersebut ketika berada di sebuah farmasi sekaligus membuktikan keterujaan orang ramai terhadap pernikahan Bella dan Syed Saddiq.

Advertisement

Dalam masa sama, media sosial turut dibanjiri dengan perkongsian pengguna yang tidak melepaskan peluang untuk berkongsi keterujaan mereka menyaksikan majlis tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan.

Fenomena ini sekali lagi membuktikan bahawa kisah cinta Bella dan Syed Saddiq berjaya menarik perhatian ramai, malah menjadikan hari bahagia mereka sebagai antara momen yang turut diraikan oleh rakyat Malaysia.

Terdahulu, Bella selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi Sabtu.

Majlis akad nikah dikendalikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selaku jurunikah iaitu YABhg. Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan berwalikan bapa Bella Astillah, Awang Astillah Abdullah@ Dullah serta dua orang saksi, Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor.

Pada hari istimewa itu, Bella dan Syed Saddiq mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Zaimi Zulkafli. 

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan daripada pihak wanita.  

Lebih menarik Bella dan Syed Saddiq menjadi pasangan pertama yang disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik Malaysia, Merdeka 118 Precinct.

Majlis bertema Islamic Arabic dihadiri 255 jemputan termasuk keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua belah pihak.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement