Skip to main content

Hiburan

“Dari Situ Kita Nampak Netizen Guna Kuasa Mereka Di Tempat Betul” - Zahiril Adzim

Zahiril Adzim

Sekilas

  • Zahiril Adzim menyokong teguran netizen terhadap penggunaan imej AI oleh ASWARA dalam poster pelantikan Datuk Syafinaz Selamat.
  • Beliau menegaskan AI harus digunakan sebagai alat bantu untuk idea awal, bukan menggantikan sentuhan manusia dalam seni.
  • Zahiril mengingatkan pentingnya menghargai bakat seni yang memerlukan latihan dan usaha berterusan.
Advertisement

Pelakon Zahiril Adzim menganggap tindakan netizen menegur penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam sebuah poster baru-baru ini sebagai satu langkah yang tepat.

 

Advertisement

Zahiril yang juga alumni akademi seni itu mengakui dia agak terkejut apabila institusi yang melahirkan pengkarya seni memilih menggunakan imej janaan AI untuk poster pelantikan Datuk Syafinaz Selamat.

 

"Terkejut jugalah bila sekolah seni sendiri buat begitu. Mungkin ada yang fikir 'eh, mudahnya cara kau kan?'. Namun, saya percaya ASWARA ada alasan mereka sendiri.

 

"Bagaimanapun, dari situ kita dapat nampak netizen menggunakan kuasa mereka di tempat yang betul. Mereka mengecam pada tempat yang tepat sehingga pihak berkenaan sedar akan kesilapan yang dilakukan.

 

"AI ini memang ada macam-macam isu sekarang. Saya rasa kita kena menggunakan teknologi dengan bijak dan jangan mengharapkan 100 peratus kepadanya.

 

"Kita belajar di sini (ASWARA) kerana bakat, dan bakat itulah yang menjadi punca rezeki kita. Jadi, penggunaan teknologi haruslah selari dan seimbang dengan bakat yang ada," katanya kepada Gempak.  

 

Mengulas lanjut, Zahiril turut menjelaskan AI sepatutnya hanya berfungsi sebagai alat bantuan untuk mencari idea awal, bukannya sebagai produk akhir yang mengetepikan sentuhan manusia.

 

"Macam saya sendiri yang terlibat dalam bidang grafik untuk jenama Bobysans, saya guna AI untuk dapatkan idea kasar sahaja. Selepas itu, kita perlu laras semula, buat penambahbaikan dan improvisasi.

 

"Untuk menghasilkan bakat seni bukan mudah, ia memerlukan latihan yang lama. Jika kita sendiri tidak menghargai bakat yang ada, satu hari nanti kita mungkin akan kehilangan bakat-bakat ini sepenuhnya," katanya.

 

Terdahulu, ASWARA menerima kecaman hebat selepas memuat naik poster ucapan tahniah memaparkan wajah Datuk Syafinaz Selamat menggunakan imej AI yang dianggap tidak mencerminkan identiti sebuah institusi seni.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Must Watch Video

Advertisement