Sekilas
- Puteh Batik Lab menghadapi pelbagai cabaran dalam episod kedua SME Bisnes Level Up untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan secara mampan.
- Datuk William Ng dari SAMENTA membimbing Puteh dalam pengurusan kewangan, strategi perniagaan, dan transformasi studio menjadi ruang profesional dengan sokongan Balens Design.
- Penonton dapat mengikuti perjalanan transformasi Puteh Batik Lab serta mempelajari strategi perniagaan berguna setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Prima.
Transformasi sesebuah perniagaan tidak berlaku dalam sekelip mata.
Dalam episod kedua SME Bisnes Level Up, Puteh Batik Lab berdepan pelbagai cabaran baharu yang menguji kesediaannya untuk berkembang dengan lebih pantasdan mampan.
Bagi membantu mengukuhkan asas perniagaannya, Puteh dibimbing oleh Presiden SAMENTA, Datuk William Ng yang berkongsi pandangan mengenai pengurusan kewangan, hala tuju strategik serta kepentingan membina model perniagaan yang kukuh untuk pertumbuhan jangka panjang.
Selain itu, hos program Dynas turut mencabar Puteh untuk mentransformasikan studio Puteh Batik Lab menjadi ruang yang lebih profesional dan berpotensi menjana pendapatan tambahan.
Dengan sokongan Balens Design, impian tersebutberjaya direalisasikan.
Cabaran tidak berakhir di situ apabila Puteh turut diberi misimenganjurkan pameran seni melibatkan 10 artis, mengendalikan bengkel korporat dalam tempoh 30 hari dan memastikan transformasi studio dilaksanakan mengikutsasaran.
Setiap tugasan direka untuk membantu memperluaskan rangkaian pelanggan serta meningkatkan peluang perniagaan.
Melalui program ini, penonton dapat melihat realiti sebenaryang dihadapi oleh ramai usahawan SME serta mempelajari strategi yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan mereka sendiri.
Saksikan SME Bisnes Level Up untuk mengikuti perjalanan Puteh Batik Lab dan raih ilmu serta inspirasi yang bolehmembantu membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.
Saksikan perjalanan transformasi ini dalam SME Bisnes Level Up, Jumaat, jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105) dan dapatkan inspirasi serta panduan berguna untuk mengembangkan perniagaan anda