Skip to main content

Selebriti

Datuk Fazley Yaakob Pesan Jangan Hanya Pandang Kelemahan Pasangan - “Terima Seadanya Tanpa Mengubah Diri Mereka”

Datuk Fazley Yaakob Pesan Jangan Hanya Pandang Kelemahan Pasangan - “Terima Seadanya Tanpa Mengubah Diri Mereka”

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangan tentang keikhlasan dalam hubungan pasangan menerusi platform Threads.
  • Fazley menegaskan pentingnya menerima pasangan seadanya tanpa meletakkan syarat berdasarkan kelebihan atau kelemahan mereka.
  • Fazley menambah, kunci kebahagiaan adalah saling melengkapi tanpa cuba mengubah keperibadian insan tersayang.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, berkongsi pandangan peribadinya mengenai keikhlasan dalam perhubungan pasangan bersama pasangan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazley menekankan tentang kepentingan menerima pasangan seadanya tanpa meletakkan syarat berdasarkan kelebihan mahupun kelemahan individu.

Advertisement

“Jangan pernah melihat kelemahan seseorang dan menganggap ianya punca kita mula membenci, dan jangan menganggap kelebihan seseorang sebagai pasak rasa cinta kita.

“Terima lah mereka seadanya, supaya kelemahan mereka menjadi baja kesabaran kita, dan kelebihan menjadi ingatan bahawa ianya bonus semata-mata,” tulisnya.

Tambah Fazley lagi, kunci kebahagiaan sesebuah hubungan terletak pada sikap saling melengkapi tanpa ada paksaan untuk mengubah keperibadian insan tersayang.

Advertisement

“Terima insan tersayang seadanya mereka tanpa kita cuba mengubah diri mereka.

“Cinta tak buta, tapi cinta itu redha dan terima segala baik dan buruk tentang mereka. Pehe dok?” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Must Watch Video

Advertisement