Skip to main content

Selebriti

Datuk K Senyum Malu-Malu, Reaksi Comel Siti Nurhaliza Ucap “Terima Kasih Sayang, Terima Kasih B” Buat Ramai Tersenyum

Datuk K Senyum Malu-Malu, Reaksi Comel Siti  Nurhaliza Ucap “Terima Kasih Sayang, Terima Kasih B” Buat Ramai Tersenyum

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Datuk K, atas sokongan dan izin untuk terus berkarya di pentas konsert Gema Bumantara.
  • Gelagat malu-malu Datuk K dan panggilan mesra Siti buat suaminya mencuri perhatian dan menghiburkan peminat yang hadir.
  • Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil berlangsung meriah dengan peminat sanggup datang awal untuk mendapatkan tempat paking terbaik.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian apabila menzahirkan ucapan penghargaan buat suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K, ketika konsert tradisional Gema Bumantara.

Menerusi ucapan tersebut, Siti tidak lupa menghargai sokongan suaminya yang sentiasa memberi ruang buat dirinya untuk terus berkarya dan menghiburkan peminat di atas pentas.

Advertisement

“Akhir sekali saya nak ucapkan tahniah juga kepada suami tersyaang kerana mengizinkan saya untuk berada di atas pentas ini,” ujarnya.

Namun apa yang membuatkan peminat bersorak ketika ucapan diberikan adalah gelagat Datuk K yang kelihatan tersenyum malu-malu ketika mendengar ucapan isterinya.

Malah reaksi Siti yang comel ketika menyebut panggilan mesra buat suaminya iaitu ‘sayang’ dan juga ‘B’ itu, membuakan ramai tersenyum.

Advertisement

“Terima kasih sayang, terima kasih B, kerana mengizinkan isteri B berada di atas pentas,” ujarnya.


Dalam masa sama, Siti mengakui jadual kerjanya yang padat adakalanya menyebabkan mereka tidak berpeluang meluangkan masa bersama seperti biasa.

Namun, sikap Datuk K yang sentiasa memahami dan menyokong kerjaya seni isterinya jelas menjadi antara perkara yang amat dihargai oleh penyanyi kesayangan negara itu.

“Kadang-kadang balik rumah lewat. Kadang-kadang tak sua muka, bila balik malam beliau dah tidur.

“Saya masih bekerja dan beliau tidak sekali kali menghampakan peminat peminat saya.

“Terima kasih… Lepas ni mummy dah adalah dekat rumah, jangan risau,” usiknya.

Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu berlangsung dengan begitu meriah.

Malah konsert ini juga mencetuskan fenomenanya yang tersendiri apabila ada peminat yang sanggup hadir seawal 6 pagi semata-mata untuk mendapatkan tempat parkir di kawasan stadium.

Anda mungkin berminat dengan

[SILKELLE][2pack Offer] Lifting Push Up Bra - Anti-Sag Accessory Breast, Non-Marking Fix Cup

[SILKELLE][2pack Offer] Lifting Push Up Bra - Anti-Sag Accessory Breast, Non-Marking Fix Cup

Bengkung Lilit Shapewear by Naomi (KUPE BEAUTE) Pakaian bentuk badan

Bengkung Lilit Shapewear by Naomi (KUPE BEAUTE) Pakaian bentuk badan

Women's Metallic Button Batwing Short Sleeve Denim Blouse - Perfect for Summer

Women's Metallic Button Batwing Short Sleeve Denim Blouse - Perfect for Summer

MISSSANDRA Kain Berpantang Bergetah / Confinement Sarong / Kain Batik Instant / Basahan

MISSSANDRA Kain Berpantang Bergetah / Confinement Sarong / Kain Batik Instant / Basahan

HAPPY2U Kasut Wanita Azurea Jute Sandals

HAPPY2U Kasut Wanita Azurea Jute Sandals

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

Must Watch Video

Advertisement