Skip to main content

Hiburan

“Datuk Seri Vida Menepati Ciri-Ciri Isteri Sempurna” - Fazley Yaakob

Astrogempak DSV

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob memuji Datuk Seri Vida sebagai seorang isteri yang baik dan kagum dengan cara Vida membesarkan anak-anaknya, Cik B dan Kacak.
  • Fazley juga menghargai kelebihan Vida dalam agama dan perniagaan yang menjadikan dia seorang isteri yang sempurna.
  • Fazley mengesahkan hubungan mereka hanya sebagai kawan biasa dan masih single, terbuka untuk jodoh tanpa mengira latar belakang asalkan anak-anak menerima.

Pelakon dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui Datuk Seri Vida mempunyai ciri yang menepati kriteria seorang isteri yang baik.

Menurut pelantun lagu Asmara Ini, dia kagum melihat cara usahawan terkenal itu membesarkan serta menjaga kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak.

“Pada saya Datuk Seri Vida memang menepati ciri-ciri seorang isteri yang sempurna. Saya tengok cara dia menjaga Cik B dan Kacak, saya sangat kagum sebab hubungan mereka sangat rapat.

“Saya juga kagum dengan kelebihan Datuk Seri Vida terutama dalam bab agama dan perniagaan. Jadi memang dia menepati ciri-ciri seorang isteri yang baik untuk sesiapa saja,” katanya kepada Gempak.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama DSV, Fazley mengakui mereka hanyalah teman biasa memandangkan masing-masing merupakan peserta Talk To My Manager 2.

“Saya berkawan dengan semua mak-mak di TTMM. Cuma apa yang lucu bila anak-anak cakap ramai ibu ‘single’, tapi bapanyang single hanya saya sahaja. Saya pun tak dapat nak mengelak daripada anak-anak memperkatakan tentang benda yang menarik di mata mereka.

“Tapi jujur saya cakap, saya masih single dan semua mak-mak dalam TTMM masih single juga. Saya tidak boleh menolak jodoh dengan siapa juga. Saya tidak menolak sesiapa juga menjadi jodoh saya. Kalau dia kulit gelap ke, tak putih ke, kalau anak-anak terima, saya okey saja," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement