Skip to main content

Hiburan

David Jonsson Galas Watak Anak T’Challa Dalam Black Panther 3

David Jonsson Galas Watak Anak T’Challa Dalam Black Panther 3

Sekilas

  • David Jonsson diumumkan memegang watak T’Challa II dalam filem Black Panther 3 yang akan ditayangkan pada 15 Disember 2028.
  • Filem ini akan memfokuskan perjalanan T’Challa II sebagai remaja yang bersedia menggalas legasi ayahnya, T’Challa.
  • Pelakon asal seperti Letitia Wright dan Winston Duke turut kembali dalam naskhah terbaru ini.
Advertisement

Pelakon antarabangsa, David Jonsson diumumkan bakal memegang watak T’Challa II, anak kepada mendiang Raja Wakanda, T’Challa dalam filem adiwira Black Panther 3 yang dijadualkan menemui penonton pada 15 Disember 2028.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh pengarah Ryan Coogler ketika sesi panel Marvel Studios di San Diego Comic-Con, baru-baru ini.

Advertisement

Menurut Coogler, watak T’Challa II yang pertama kali diperkenalkan menerusi babak pascakredit filem Black Panther: Wakanda Forever (2022) kini tampil sebagai remaja yang bersedia menggalas legasi ayahnya.

Malah, jalan cerita baharu itu bakal memfokuskan perjalanan T’Challa II menuju takhta sebagai pemerintah Wakanda.

Selain Jonsson, pelakon asal francais tersebut seperti Letitia Wright dan Winston Duke turut kembali membintangi naskhah berkenaan.

Advertisement

Watak T’Challa II atau Toussaint sebelum ini diperkenalkan menerusi watak Nakia lakonan Lupita Nyong’o dalam babak penutup Black Panther: Wakanda Forever.

Filem pertama Black Panther yang ditayangkan pada 2018 mencipta fenomena apabila meraih kutipan lebih AS$1.3 bilion (RM5.5 bilion) di seluruh dunia serta memenangi tiga Anugerah Oscar.

Naskhah itu turut melonjakkan nama mendiang Chadwick Boseman sebagai antara bintang terbesar Hollywood menerusi watak T’Challa.

Bagaimanapun, Boseman meninggal dunia akibat kanser pada Ogos 2020 selepas bertarung secara rahsia dengan penyakit tersebut.

Susulan pemergiannya, Black Panther: Wakanda Forever mengangkat kisah kematian T’Challa dalam jalan cerita selain berjaya mengutip AS$859 juta (RM3.6 bilion) di seluruh dunia dan memenangi Oscar bagi kategori Rekaan Kostum Terbaik.

Jonsson sebelum ini dikenali menerusi lakonannya dalam filem Alien: Romulus (2024), The Long Walk (2025) serta siri televisyen Industry dan Rye Lane.

Sumber: uk.news.yahoo

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement