Skip to main content

Selebriti

Dayah Bakar Kagumi Stamina Siti Nurhaliza, Jadi Inspirasi Untuk Kekal Fit & Sihat - “3 Jam Menyanyi, Menari Pada Usia Hampir 50 Tahun…”

Dayah Bakar kagum stamina Datuk Siti

Sekilas

  • Dayah Bakar kagum dengan stamina, vokal, dan dedikasi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert Legacy 30 yang berlangsung selama tiga jam.
  • Dayah memuji persembahan Siti yang hampir sempurna walaupun usianya hampir 50 tahun dan menyanjung kasih sayang Siti terhadap peminat Sitizoners.
  • Stamina Siti menjadi inspirasi kepada Dayah untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan aktif.

Pengacara dan personaliti media sosial, Dayah Bakar meluahkan rasa kagum terhadap tahap stamina, vokal serta dedikasi biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas menyaksikan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung pada Sabtu.

Menerusi beberapa siri hantaran di platform Threads, Dayah memuji dan menyifatkan persembahan Siti hampir sempurna dari pelbagai aspek walaupun usianya sudah menghampiri 50 tahun.

Malah, Dayah juga mengatakan keikhlasan dan kasih sayang Siti terhadap para peminat setia iaitu Sitizoners jelas terpancar sepanjang konsert itu berlangsung.

“Datuk Seri Siti Nurhaliza, stamina 99%, showmanship 99%, vokal 99%. Her passion love and dedication for all Sitizoners 300%

“Tiga jam menyanyi, menari dan memberi persembahan sepenuh tenaga pada usia hampir 50 tahun?”,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dayah juga mengakui kekuatan stamina Siti sewaktu membuat persembahan telah menjadi sumber inspirasi buat dirinya untuk menjalani gaya hidup lebih sihat dan aktif.

“Saya tak bolehlah macam ni! Saya inspired nak jadi fit and fabulous macam Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ketepi korang kalau tak nak, siapa nak, moh kita semua melompat macam Avengers!” coretnya.

Berikut merupakan perkongsian Dayah:

Must-Watch Video

Advertisement