Skip to main content

Hiburan

“Dekat RM1 Juta Dah Keluar!” - Syida Melvin Berang Dakwa Jadi Mangsa Kecuaian Ejen Cukai

Astrogempak SYIDA

Sekilas

  • Pelakon dan usahawan Syida Melvin kecewa selepas mendakwa menjadi mangsa kecuaian ejen cukai yang menguruskan urusan percukaian dirinya.
  • Syida menyangka urusan cukainya selesai selepas membuat bayaran tahun lalu, tetapi namanya dikategorikan sebagai "merah" ketika ingin melakukan perjalanan.
  • Dia cuba menghubungi ejen tersebut namun gagal, dan turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa menjadi mangsa kecuaian seorang ejen cukai yang dipercayai menguruskan urusan percukaian dirinya sebelum ini.

Menurut Syida, dia pada mulanya menyangka hanya individu tertentu sahaja yang berdepan situasi berkenaan sebelum menyedari semakin ramai tampil membuat pendedahan.

Advertisement

“Wey… kami ingat Kekasih saja kena nasib macam itu. Rupanya dah ramai founder yang reveal satu-satu. Gila apa wey, dekat RM1 juta dah keluar bayar cukai sedangkan ada ejen cukai tapi uruskan klien sambil lewa,” luahnya.

Tambah Syida, pihaknya cuba mendapatkan individu tersebut namun sukar untuk dihubungi.

Lebih mengecewakan, Syida mendakwa dia pernah membuat bayaran cukai peribadi melalui ejen terbabit sejak tahun lalu dan menyangka segala urusan telah selesai namun  terkejut apabila mendapati namanya dikategorikan sebagai “merah” ketika ingin melakukan perjalanan.

“WhatsApp jenuh tak berjawab. Travel merata-rata. Tak baiklah buat orang macam ini. Ada satu masa itu pihak kami hubungi dia berhari-hari tak jawab.

“Dah bayar personal tax setahun lepas, ingatkan dah selesai. Sekali semak nama nak travel, tiba-tiba merah. Apa dia buat dengan duit yang kita dah bayar hari itu?

“Janganlah buat aniaya dekat orang macam ini. Tak selamat hidup,” tulisnya.



Sumber: Threads 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement