Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Demi Anak-Anak Dan Masih Memandang Kebaikan Suami...Saya Cuba Untuk Menerima Poligami” – Umisya Mazlan Jelaskan Sebab Masih Kekal Bersama Suami

Astro Gempak 326

Sekilas

  • Umisya Mazlan jelaskan dia kekal dalam rumah tangga walaupun suaminya pernah curang dan pelbagai usaha sudah dilakukan untuk putuskan hubungan tersebut.
  • Dia pada awalnya mahu bercerai tetapi dihalang keluarga mentua dan dinasihatkan berjumpa kaunselor sebelum buat keputusan demi anak-anak dan tanggungjawab suami.
  • Umisya juga tegaskan dia tidak campur urusan rumah tangga suami dengan isteri kedua dan berharap penjelasan ini dapat merungkai kekeliruan tentang isu perceraian sebelum ini.
Advertisement

Personaliti media sosial, Umisya Mazlan tampil menjelaskan sebab dia masih kekal dalam rumah tangga bersama suaminya, Ahmad Aslam meskipun pernah melalui episod dicurangi.

Menurut Umisya, pelbagai usaha telah dilakukan sebelum ini termasuk memutuskan hubungan antara suaminya dengan pihak ketiga, namun perkara tersebut tetap berlarutan.

Advertisement

“Semasa kejadian hubungan mereka sebelum kahwin, segala usaha seperti block contact dan tukar nombor telefon telah dilakukan oleh Aslam.

“Tetapi pihak sana cuba sedaya upaya untuk mencari dan memujuk bagi mengekalkan hubungan mereka,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

evevef

Tambahnya, dia pada awalnya membantah perkahwinan tersebut dan mahu bercerai, namun dihalang keluarga mentua serta dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan kaunselor terlebih dahulu.

Advertisement

“Selepas saya tahu mereka berkahwin, saya membantah sekerasnya dan ingin bercerai, tetapi dihalang keluarga mentua dan diminta berjumpa kaunselor serta penasihat sebelum buat keputusan.

“Disebabkan itu saya cuba yang terbaik demi anak-anak dan masih memandang kebaikan suami sebagai seorang ayah,” ujarnya.

Menurutnya lagi, keputusan untuk bertahan juga dibuat bagi memberi peluang kepada suaminya memikul tanggungjawab terhadap keluarga selain cuba menerima realiti poligami.

“Saya beri peluang dengan cuba menerima poligami ini. Untuk dia rasa beban tanggungjawab sebagai ayah kepada anak-anak kecil dan juga untuk pihak sana menerima peranan sebagai isteri kedua.

“Sepanjang poligami, suami menjalankan tanggungjawab dengan baik dan saya bersama keluarga menjadi saksi usaha dia memperbaiki diri,” jelasnya.

Dalam masa sama, Umisya menegaskan dia tidak mencampuri urusan rumah tangga suaminya dengan pihak lain, sebaliknya hanya fokus kepada kebajikan dirinya dan anak-anak.

“Selebihnya tentang rumah tangga yang lain, saya tidak masuk campur. Tapi untuk saya dan anak-anak, alhamdulillah semuanya digalas dengan baik,” katanya.

Umisya turut berkongsi latar belakang kehidupannya yang membesar tanpa figura seorang lelaki, selain pernah menyaksikan pengalaman ibunya melalui situasi hampir sama.

“Saya membesar tanpa figura lelaki selama 27 tahun dan pernah menjadi saksi kisah hidup ibu saya yang hampir sama.

“Saya meletakkan martabat sesama wanita itu sangat tinggi dan tidak akan menyokong perkara yang salah kerana tahu batas dan hukum,” ujarnya.

Sementara itu, Umisya turut memperbetulkan dakwaan berhubung isu perceraian sebelum ini yang tular di media sosial.

“Saya pernah bercerai dengan suami semasa kejadian hubungan sebelum kahwin berlaku disebabkan lafaz taklik.

“Bukan disebabkan hal lain seperti yang diperkatakan di media sosial,” jelasnya.

Di akhir perkongsian, Umisya memohon maaf atas segala kenyataan yang dikeluarkan selain berharap penjelasan tersebut dapat merungkai kekeliruan.

“Yang baik dari Allah, yang tidak baik dari saya sendiri,” katanya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

ASICS Netburner Professional FF 4 Women Netball Shoes In Pearl Pink/Morganite

ASICS Netburner Professional FF 4 Women Netball Shoes In Pearl Pink/Morganite

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

Must Watch Video

Advertisement