Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Demi Bapa Tunggal Tiga Anak, Hefny Sahad, Roy Azman & Kak Sheera Bina Rumah Dalam Masa Tiga Hari

Demi Bapa Tunggal Tiga Anak, Hefny Sahad, Roy Azman & Kak Sheera Bina Rumah Dalam Masa Tiga Hari

Sekilas

  • Dalam masa tiga hari, Gen SINAR bersama lebih 30 sukarelawan dan komuniti Orang Asli berjaya membina sebuah rumah baru untuk seorang bapa tunggal dan tiga anaknya di Kampung Orang Asli Kuala Pangsun, Hulu Langat.
  • Program Gen SINAR Bina Rumah yang bekerjasama dengan EPIC Homes melibatkan penyampai radio Hefny Sahad, Roy Azman dan Kak Sheera yang turut membantu dalam proses pembinaan selepas menjalani latihan asas.
  • Inisiatif ini bukan sahaja menyediakan tempat tinggal yang selesa, malah mengukuhkan semangat gotong-royong dan harapan baru dalam komuniti serta mengajak masyarakat untuk bersama-sama membantu golongan memerlukan.
Advertisement

Siapa sangka, dalam tempoh hanya tiga hari, sebuah tapak kosong berjaya diubah menjadi kediaman baharu buat seorang bapa tunggal yang membesarkan tiga anak di Kampung Orang Asli Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Lebih menyentuh hati, usaha tersebut turut mendapat penglibatan tiga penyampai Gen SINAR Pagi iaitu Hefny Sahad, Roy Azman dan Kak Sheera yang turun padang bersama lebih 30 sukarelawan menerusi inisiatif Gen SINAR Bina Rumah.

Advertisement

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama EPIC Homes itu menyaksikan ketiga-tiga penyampai radio berkenaan terlibat secara langsung dalam proses pembinaan selepas menjalani latihan asas bagi memastikan mereka dapat membantu menyiapkan kediaman tersebut.

Difahamkan, rumah berkenaan dibina khas untuk seorang bapa tunggal yang mempunyai tiga anak masing-masing berusia enam, 16 dan 18 tahun.

Sebelum ini, lelaki yang pernah bekerja sebagai renjer itu terpaksa menumpang di kediaman lama keluarga mentuanya yang dihuni tujuh orang.

Advertisement

Menerusi projek berkenaan, bukan sahaja sukarelawan dan penyampai radio berganding bahu, malah pemilik rumah serta komuniti Orang Asli turut menyumbang tenaga bagi memastikan pembinaan dapat disiapkan mengikut perancangan.

Menurut Pengurus Jenama SINAR, Zureen A endi, inisiatif tersebut bukan sekadar usaha menyediakan tempat berteduh, sebaliknya memberi peluang kepada sebuah keluarga untuk memulakan kehidupan yang lebih selesa.

“Di SINAR, kami percaya sesebuah rumah bukan hanya terdiri daripada dinding dan bumbung. Sebuah rumah adalah tempat lahirnya harapan, tempat anak-anak membesar dengan lebih selesa dan tempat sebuah keluarga membina masa depan yang lebih baik.

“Sebab itu, apabila kami diberi peluang untuk menyertai misi ini, kami melihatnya sebagai tanggungjawab yang lebih besar daripada sekadar aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Dalam masa sama, Zureen turut meluahkan rasa terharu melihat semangat kerjasama yang ditunjukkan semua pihak sepanjang tiga hari pembinaan berlangsung.

“Apa yang paling menginspirasikan kami adalah semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh semua pihak. Sukarelawan, komuniti Orang Asli dan pasukan Gen SINAR Pagi bekerja sebagai satu keluarga dengan satu matlamat yang sama iaitu membantu mereka yang memerlukan.

“Dalam masa tiga hari, kami bukan sahaja berjaya membina sebuah rumah, tetapi turut membina hubungan, kepercayaan dan harapan baharu,” ujarnya.

Tambahnya, usaha berkenaan diharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai masyarakat untuk tampil membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

“Kami berharap kisah ini dapat membuka mata masyarakat bahawa setiap individu mempunyai peranan untuk mencipta perubahan.

“Kadangkala, perubahan itu bermula dengan satu langkah kecil, satu sumbangan tenaga dan satu niat yang ikhlas untuk membantu,” katanya.

Untuk rekod, EPIC Homes yang ditubuhkan pada 2010 telah menggerakkan ribuan sukarelawan dalam usaha menyediakan kediaman lebih selamat kepada komuniti Orang Asli di seluruh negara.

Kerjasama menerusi Gen SINAR Bina Rumah itu juga merupakan sebahagian daripada usaha SINAR untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan semangat gotong-royong dan memperkasa komuniti yang memerlukan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement