Skip to main content

Drama

‘Dendam Seorang Mentua’ Kisah Balas Dendam Paling Berani Di Astro! Mangsa Bangkit Sebagai Mentua

Dendam Seorang Mentua

Sekilas

  • Astro memperkenalkan drama baharu 'Dendam Seorang Mentua' yang mengangkat tema balas dendam dalam institusi kekeluargaan dengan jalan cerita yang berani dan mencengkam.
  • Drama ini menampilkan pelakon seperti Tracie Sinidol, Chacha Maembong, Hariz Hamdan, Datuk Aaron Aziz, dan Datuk Yusry Abdul Halim, serta kemunculan semula Intan Ladyana.
  • 'Dendam Seorang Mentua' akan disiarkan di Astro Prima mulai 4 Mei 2026, Isnin hingga Jumaat jam 6 petang, dan boleh ditonton secara On Demand di Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Astro sekali lagi tampil mencuri perhatian penonton dengan sebuah naskhah baharu yang sarat dengan konflik dan emosi berjudul Dendam Seorang Mentua.

Mengangkat jalan cerita yang luar daripada kebiasaan, drama ini membawakan kelainan menerusi tema balas dendam yang berakar dalam institusi kekeluargaan, sekaligus menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih berani dan mencengkam.

Advertisement

Menurut Ketua Saluran Melayu, Astro, Norzeha Mohd Salleh, kejayaan dua siri sebelum ini mendorong mereka untuk membawakan satu lagi naskhah dalam francais ini yang sememangnya dekat dengan citarasa penonton.

“Penonton hari ini semakin bijak dan dahagakan jalan cerita yang berbeza serta berani. Melalui ‘Dendam Seorang Mentua’, kami membawakan sebuah francais yang sudah dikenali ramai sambil meneroka perspektif baharu dalam penceritaan drama tempatan.

“Khususnya dalam mengangkat konflik kekeluargaan yang lebih kompleks dengan pendekatan yang segar dan mencabar.

“Kami juga berbesar hati dapat bekerjasama sekali lagi dengan pengarah dan penulis berbakat yang telah menghasilkan judul popular di Astro sebelum ini seperti Hijrah Jannah dan Dendam Seorang Madu.

“Harapan kami agar drama ini dapat diterima baik oleh penonton dan mencetuskan perbualan, sama seperti komitmen dan semangat yang telah dicurahkan sepanjang proses penerbitannya,” jelasnya.

Drama ini menampilkan penampilan sulung Tracie Sinidol dalam slot Tiara Astro, yang membawakan watak Sofia, seorang wanita berperwatakan lembut namun menyimpan kekuatan dan dendam yang membara di dalam dirinya.

Turut digandingkan ialah Chacha Maembong sebagai Harlina dan Hariz Hamdan sebagai Hariz, pasangan yang menjadi titik permulaan kepada konflik dan dendam yang menghancurkan kehidupan Sofia.

Turut menyerikan drama ini ialah gandingan pertama di layar kaca antara Datuk Aaron Aziz sebagai Karl dan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Datuk Muzaffar.

Drama ini turut menampilkan Intan Ladyana sebagai Yasmin, orang kanan Datuk Muzaffar, yang kembali mewarnai layar perak dengan kemunculan semula yang dinanti-nantikan selepas sekian lama.

 

Sinopsis:

Meneruskan jenama popular ‘Dendam Seorang…’ dalam rangkaian kandungan Astro, drama ini mengisahkan Sofia yang dikhianati kekasihnya dan sahabat baiknya sehingga dipenjarakan atas jenayah yang tidak dilakukannya.

Selepas dibebaskan, Sofia bangkit membalas dendam dengan mengahwini Datuk Muzaffar, bapa kepada bekas kekasihnya.

Tindakan ini mencetuskan konflik baharu apabila Sofia berdepan musuh lamanya sebagai mentua, sekali gus mengangkat tema perebutan kuasa dan konflik emosi dalam hubungan kekeluargaan.

‘Dendam Seorang Mentua’ bakal bersiaran di Astro Prima bermula 4 Mei 2026, Isnin hingga Jumaat pada jam 6 petang.

‘Dendam Seorang Mentua’ turut boleh disaksikan secara On Demand di Astro GO dan Sooka.

Langgani Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.

Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin berminat dengan

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

Must Watch Video

Advertisement