Skip to main content

Hiburan

“Dengan Hati Yang Berat, Saya Nak Maklumkan Bahawa Saya Hidap Kanser Tahap 4” - Sheikh Haikel

“Dengan Hati Yang Berat, Saya Nak Maklumkan Bahawa Saya Hidap Kanser Tahap 4” - Sheikh Haikel

Sekilas

  • Sheikh Haikel mengumumkan dia disahkan menghidap kanser usus tahap empat dan telah menjalani pembedahan.
  • Dia berkongsi berita tersebut untuk memaklumkan keadaan kesihatannya selepas lama menyembunyikan daripada umum.
  • Haikel menegaskan penyakit itu tidak akan menghalangnya daripada terus aktif dalam kehidupan dan kerjaya seni.
Advertisement

Penyanyi rap Singapura, Sheikh Haikel berkongsi khabar duka mengenai dirinya kini sedang berdepan ujian apabila disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Haikel yang dilihat sebak berkongsi mengenai keadaan kesihatannya walau bagaimanapun memaklumkan bahawa dia sudah menjalani pembedahan merawat sakit yang dihadapinya itu.

Advertisement

“Dengan hati yang paling berat, saya ingin memberitahu semua yang menonton bahawa saya menghidap kanser tahap empat,” katanya.

Perjelas bekas juri program Maharaja Lawak Mega itu, tindakannya berkongsi mengenai perkara tersebut adalah untuk memaklumkan keadaan kesihatannya selepas sekian lama memaklumkan kepada rakan-rakan bahawa dia berada dalam keadaan yang baik.

Namun, keadaan fizikalnya yang semakin berubah terutama susut berat badan mula menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakan-rakan terdekat.

Dalam pada itu, Haikel menegaskan penyakit tersebut tidak akan menghalangnya daripada terus menjalani kehidupan seperti biasa, selain meneruskan perjalanan kariernya dalam industri seni.

“Saya mahu semua orang tahu bahawa saya akan memberikan yang terbaik.

“Hakikat bahawa saya sudah berkongsi perkara ini dengan semua orang membuatkan saya berasa lebih lega,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengharap yang terbaik serta mendoakan agar segala urusan Haikel dipermudah.

Sumber: Instagram.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement