Skip to main content

Selebriti

Dengar Nama Aina Abdul Dilaungkan, Melinda Looi Tak Dapat Tahan Air Mata - “Saya Menangis Teruk…”

Dengar Nama Aina Abdul Dilaungkan, Melinda Looi Tak Dapat Tahan Air Mata - “Saya Menangis Teruk…”

Sekilas

  • Melinda Looi sebak melihat sokongan luar biasa yang diterima Aina Abdul ketika menyertai Eurovision Asia Song Contest 2026.
  • Aina Abdul berjaya menduduki tempat keempat dengan lagu ciptaannya, Bluest Sky, mengumpul 152 mata daripada juri dan undian penonton.
  • Melinda memuji usaha keras Aina dan berjanji akan sentiasa menyokong penyanyi itu dalam perjalanan kariernya.
Advertisement

Pereka fesyen terkenal, Melinda Looi akui sebak melihat sokongan luar biasa yang diterima penyanyi, Aina Abdul ketika menyertai pertandingan Eurovision Asia Song Contest 2026.

Menerusi perkongsian di media sosial, Melinda berkata dia tidak dapat menahan air mata apabila mendengar sorakan orang ramai yang melaungkan nama Aina sebelum penyanyi itu memulakan persembahan.

Advertisement

“Jangan buat saya menangis lagi! Hahaha. Saya menangis teruk malam tadi sebelum dia mula menyanyi apabila mendengar begitu ramai orang melaungkan namanya. Saat itu, air mata saya tiba-tiba mengalir.

“Saya bangga dengannya. Segala usaha keras akhirnya membuahkan hasil apabila saya melihat sokongan yang diterimanya daripada semua orang!” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Melinda juga menyatakan perjalanan bersama Aina bukanlah sesuatu yang mudah tetapi menyeronokkan.

Advertisement

“Perjalanan bersama Aina Abdul sentiasa menjadi satu cabaran yang hebat, tetapi pada masa sama menyeronokkan.

“Dia seorang yang bekerja keras dan kita juga perlu belajar daripadanya.

“Jadi, tolong jangan berhenti menyayanginya! Saya akan sentiasa ada untuknya setiap kali dia memerlukan saya,” tulisnya.

Untuk info, Aina Abdul berjaya menduduki tangga keempat di Eurovision Song Contest Asia 2026 selepas memperoleh 82 mata daripada 10 juri manakala bagi undian penonton sebanyak 70 mata dengan jumlah sebanyak 152 mata. 

Aina mempertaruhkan lagu Bluest Sky, hasil ciptaannya bersama Mac Chew, dalam pertandingan Eurovision Asia yang menghimpunkan 11 wakil dari negara Asia termasuk Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement