Skip to main content

Konsert

Dewa 19 Akan Rakam & Ubah Lagu Padi Reborn, Jadi Kolaborasi Unggul di Konsert Dewa 19 - Cintaku TerTinggal di Malaysia

Astro Gempak dewa padi

Sekilas

  • Ahmad Dhani merancang kolaborasi antara Dewa 19 dan Padi Reborn dengan lagu-lagu hit yang diubah suai khas untuk Konsert Dewa 19 - Cintaku TerTinggal di Axiata Arena pada 6 Jun 2026.
  • Konsert ini menampilkan tiga vokalis utama Dewa 19 iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe tanpa kehadiran Once, bersama pemain dram Tyo Nugros.
  • Tiket konsert dijual bermula 27 Februari dengan harga antara RM236 hingga RM488 melalui laman web Ticket2U.

Pengasas Dewa 19, Ahmad Dhani bercadang untuk memilih sebuah lagu Padi Reborn dan mengulang semula susunan muzik yang dikhususkan untuk Konsert Dewa 19 - Cintaku TertTinggal di Malaysia, yang dijadual berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 6 Jun 2026.

Dhani juga berharap agar Padi Reborn yang menjadi penampilan khas dalam konsert anjuran Icon Entertainment itu dapat memilih satu lagu terbaik Dewa 19 untuk diulang semula rakaman.

“Sebenarnya saya memang ada memikirkan untuk Dewa 19 dan Padi Reborn berkolaborasi di atas pentas Dewa 19 - Cintaku TerTinggal di Malaysia tanggal 6 Jun nanti.

“Mungkin Andra akan bermain gitar untuk lagu Padi Reborn dan Piyu pula di lagu Dewa 19.

“Tapi sebelum itu, saya berfikir untuk kami saling merakam dan mengubah semula lagu hit masing-masing sebelum konsert berlangsung.

“Jadi nanti dapat dibawa khas di atas panggung saat konsert,” ujar Dhani sewaktu ditemui pada sidang media Dewa 19 - Cintaku TerTinggal di Malaysia di Dewa 19 Java Rock Restography di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Dewa 19 - Cintaku TerTinggal di Malaysia akan menjadi konsert terkini selepas tiga tahun grup yang dianggotai Dhani bersama Andra Ramadhan, Yuke Sampurna dan Agung Yudha menyempurnakan Dewa 19: A Night At The Orchestra – Chapter 5 di Malaysia yang disifatkan sebagai rumah kedua mereka.

Tanpa Once, konsert berkenaan bakal menampilkan tiga vokalis utama Dewa 19 di satu pentas yang sama iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe atau Ello, bersama pemain dram Tyo Nugros.

Dhani secara berseloroh memberitahu: “Setiap lagu akan dinyanyikan sama rata oleh tiga vokalis ini. Dan mana Once? Once mahal.”

Tiket berharga RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat), RM388 (Pangeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta),  RM488 (Sedang Ingin Bercinta) boleh didapati bermula 27 Februari ini menerusi laman sesawang  https://www.ticket2u.com.my/Dewa19.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement