Skip to main content

Hiburan

Dharma Harun Meninggal Dunia Sendirian Di Rumah - “Tubuh Badannya Dah Keras & Sejuk”

Dharma Harun

Sekilas

  • Pelakon Dharma Harun Al Rashid dilaporkan meninggal dunia sendirian pada pukul 9.10 malam Selasa di kediamannya.
  • Anak lelakinya, Syafiq Dharma, berkongsi berita duka tersebut di Instagram dan memaklumkan jenazah akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah, Kuala Lumpur.
  • Arwah yang berusia 69 tahun terkenal dengan filem era 1980-an seperti Adik Manja dan Sikit Punya Gila, dan tinggal bersama anak-anaknya yang masih belajar di ASWARA.

Pelakon Dharma Harun Al Rashid dilaporkan meninggal dunia sendirian pada pukul 9.10 malam, Selasa di kediamannya. 

 

Berita duka tersebut turut dikongsikan sendiri oleh anak lelakinya iaitu Syafiq Dharma menerusi laman Instagram miliknya. 

 

“Ayah saya meninggal waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam. Akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah Jalan 1/26 Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” tulisnya. 

 

Menerusi laporan Harian Metro, Syafiq memberitahu dia melihat tubuh badan arwah bapanya sudah keras dan sejuk. 

 

"Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans,” katanya. 

 

Pada Julai lalu, media melaporkan keadaan fizikal pelakon popular era 1980-an itu semakin merosot.

 

Ia berikutan Muhammad Al Syafiq memuat naik gambar Dharma yang sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.

 

Allahyarham Dharma, 69, yang popular menerusi filem Adik Manja dan Sikit Punya Gila tinggal bersama Muhammad Al Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di ASWARA.

Must-Watch Video

Advertisement