Skip to main content

Hiburan

Di Akhir Nafas Masih Menabur Jasa, Bekas Pensyarah Selamatkan Lima Nyawa Melalui Derma Organ & Tisu

Derma Organ

Sekilas

  • Seorang bekas pensyarah IPTA, Puan Hajjah Normah, telah menderma organ dan tisu selepas diisytiharkan mengalami kematian otak, membantu sekurang-kurangnya lima pesakit.
  • Proses pendermaan ini melibatkan kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Pasukan Pembedahan Hepatobiliari Universiti Malaya.
  • Hospital Sungai Buloh mengucapkan penghargaan kepada keluarga arwah yang merealisasikan hasrat murni beliau walaupun dalam detik kehilangan.
Advertisement

Seorang bekas pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terus menabur bakti biarpun selepas pemergiannya apabila irgan dan tisunya didermakan dan bakal membantu sekurang-kurangnya lima pesakit yang memerlukan.

Menerusi Facebook, Hospital Sungai Buloh Selangor berkongsi bahawa hasrat murni Allahyarhamah Puan Hajjah Normah sebagai penderma organ telah ditunaikan oleh anak-anaknya selepas diisytiharkan mengalami kematian otak.

Advertisement

Lebih mengharukan, organ dan tisu yang didermakan dijangka mampu menyelamatkan serta mengubah kehidupan sekurang-kurangnya lima pesakit yang sedang menanti peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.

Dalam masa sama, proses pendermaan itu turut melakar sejarah baharu menerusi kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dengan penglibatan Pasukan Pembedahan Hepatobiliari Universiti Malaya.

Pihak Hospital Sungai Buloh turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah yang tabah serta sanggup merealisasikan hasrat murni tersebut walaupun mereka berdepan detik kehilangan.

"Di masa hidupnya mendidik anak bangsa, di akhir nafasnya tetap menabur jasa. Satu penghormatan buat seorang wanita yang sungguh luar biasa, Allahyarhamah Puan Hajjah Normah.

“Komitmen mulia beliau yang telah berikrar sebagai penderma organ akhirnya ditunaikan dengan penuh amanah oleh anak-anak tercinta, selepas beliau diisytiharkan mengalami kematian otak.

“Pada 21 Jun 2026, hasrat murni ini terlaksana. Melalui anugerah kehidupan ini, organ dan tisu yang didermakan bakal menyelamatkan dan mengubah hidup sekurang-kurangnya 5 orang pesakit,” kongsi mereka.

Di akhir perkongsian, pihak hospital menitipkan doa agar segala jasa arwah dalam membantu pesakit yang memerlukan diangkat Allah SWT.

Sumber: Facebook

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement