Skip to main content

Hiburan

“Di Alam Rumah Tangga, Perdebatan Akan Berlaku Tapi Dia Bagi Bella Menang Sentiasa” - Ibu Syed Saddiq

“Di Alam Rumah Tangga, Perdebatan Akan Berlaku Tapi Dia Bagi Bella Menang Sentiasa” - Ibu Syed Saddiq

Sekilas

  • Sharifah Mahani, ibu kepada Syed Saddiq, menasihati anak dan menantunya agar mengutamakan persefahaman dan menjadikan agama sebagai panduan dalam rumah tangga.
  • Beliau mengingatkan bahawa perkahwinan adalah tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan bersama, bukan sekadar percintaan semata-mata.
  • Sharifah Mahani turut berkongsi kenangan dan berseloroh tentang sikap berdebat Syed Saddiq, serta mendoakan kebahagiaan pasangan itu hingga ke Jannah.
Advertisement

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz menitipkan pesanan buat anaknya dan menantu, Bella Astillah agar sentiasa mengutamakan persefahaman serta menjadikan agama sebagai panduan dalam melayari rumah tangga.

Sharifah Mahani berkata, perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua insan yang saling mencintai, sebaliknya amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan bersama.

Advertisement

“Hari ini adalah hari yang bermakna untuk kedua-dua anak kesayangan mama, Saddiq dan Bella.

“Apa yang mama dan abuya dapat katakan, perkahwinan ini bukan sahaja merupakan percintaan antara dua orang, tetapi tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan,” katanya.

Sharifah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis resepsi pasangan berkenaan yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini.

Advertisement

Dalam ucapannya, Sharifah Mahani turut mengimbas kenangan Syed Saddiq yang sering mengadu tidak mempunyai sesiapa untuk mencium tangannya setiap kali sambutan Aidilfitri memandangkan dia merupakan anak bongsu dalam keluarga.

“Satu ketika dulu mama teringat, apabila hari raya, Saddiq selalu berkata, boleh dikatakan setiap tahun, ‘Mama, Saddiq asyik cium tangan kakak, abang, termasuk mama dan abuya, tapi tak ada orang nak cium tangan Saddiq sebab dia yang bongsu sekali’.

“Tapi kali ini, Alhamdulillah, tiga orang dalam kehidupannya yang akan cium tangan beliau. Isteri yang disayangi, Bella dan dua anak beliau, Ara dan Ayden,” katanya yang disambut tepukan gemuruh tetamu.

Dalam pada itu, Sharifah Mahani turut mencuit hati hadirin apabila berseloroh mengenai sikap anaknya yang gemar berdebat bukan sahaja di Parlimen, malah dalam urusan harian.

Katanya, tabiat tersebut membuatkan dirinya sering mengingatkan Syed Saddiq bahawa perbezaan pendapat juga pasti berlaku apabila mendirikan rumah tangga.

“Saddiq ini selalu di Parlimen, dia berdebat. Di mana-mana sekalipun, kalau pergi pasar pun dia akan berdebat.

“Buat apa beli ayam, ayam tak bagus? Kenapa beli sayur, sayur tak bagus?

“Tapi apabila dia dah masuk dalam alam rumah tangga, perdebatan akan berlaku sayang. Tapi beri peluang Bella untuk menang sentiasa,” pesannya.

Mengakhiri ucapan, Sharifah Mahani mengingatkan pasangan itu supaya sentiasa berpegang teguh kepada agama dan berlaku adil dalam mencurahkan kasih sayang terhadap keluarga.

“Ingat Saddiq, Bella, jadikan agama sebagai pedoman dan panduan kehidupan. Penting, amat penting sekali.

“Kasih sayang perlu sama rata. Sekarang Saddiq memikul tanggungjawab sebagai suami dan seorang ayah.

“Mama dan abuya hanya dapat berdoa semoga Saddiq dan Bella akan bahagia sampai ke Jannah,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Must Watch Video

Advertisement