Sekilas
- Syida Melvin berkongsi pandangan tentang sifat narsisis yang suka menerima pujian dan kelihatan lemah lembut di mata orang lain menerusi media sosial.
- Hantaran tersebut dipercayai ditujukan kepada bekas suaminya selepas mereka disahkan bercerai dengan talak satu baru-baru ini.
- Syida dan bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, berkahwin pada 2019 dan dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.
Pelakon dan usahawan, Syida Melvin mencuri perhatian selepas berkongsi pandangan mengenai sifat individu yang disifatkannya sebagai seorang narsisis menerusi media sosial.
Menerusi satu hantaran, Syida secara berseloroh menyifatkan golongan berkenaan sebagai individu yang kelihatan baik dan lemah lembut di mata orang lain, selain gemar menerima pujian.
“Narsisis memang pijak semut tak mati tau korang. Haha. Dan, dia dahagakan pujian! Jadi eloklah yang puji-puja, ‘Eh baiknya dia ini aku tengok’, ‘Eh lembutnya dia ini cakap’.
“Haaa, itu yang menjadi makanan dia. Jaga-jaga, jaga-jaga. 😈” tulisnya di Threads.
Meskipun tidak menyatakan secara jelas individu yang dimaksudkan, namun hantaran tersebut dipercayai ditujukan kepada bekas suaminya.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Syida bersama suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen berakhir apabila mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada Rabu.
Menurut peguam syarie yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah, pihak defendan telah melafazkan cerai di hadapan Hakim pada jam 9.25 pagi.
Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin mendirikan rumah tangga bersama Syafiq pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Syafiq Azim pula merupakan anak kepada tokoh perniagaan yang dikenali sebagai Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.
Sumber: Threads