Skip to main content

Hiburan

“Dia Nak Tengok F1, Saya Nak Tengok Dia Happy” - Syed Saddiq

“Dia Nak Tengok F1, Saya Nak Tengok Dia Happy” - Syed Saddiq

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan tunangnya, Bella Astillah, hadir ke perlumbaan Formula 1 di Litar Sepang baru-baru ini, memenuhi impian Bella untuk menonton F1 secara langsung.
  • Pasangan ini bertunang pada 28 Mac 2026 dengan pertukaran hantaran lima dan tujuh dulang, dan akan menjadi pasangan pertama yang diijabkabulkan di Menara Merdeka 118.
  • Mereka merancang beberapa majlis resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur, Muar, dan Sabah sebagai sambutan hari bahagia mereka.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyorot perhatian apabila berkongsi gambar dirinya dan tunang, Bella Astillah sewaktu mereka hadir ke hari perlumbaan sukan permotoran terkenal dunia, Formula 1 (F1) yang berlangsung di Litar Sepang hujung minggu lalu.

Menerusi hantaran di Threads, Syed Saddiq telah menulis satu kapsyen yang membuatkan rata-rata wargamaya tersipu-sipu membacanya.

Advertisement

Ujar Syed Saddiq, impiannya untuk melihat Bella gembira tercapai selepas hasrat tunangnya itu untuk melihat F1 didepan mata ditunaikan.

“Dia (Bella) nak tengok F1, saya pula nak tengok dia gembira.

“Hari ini, kami dapat apa yang kami hajati,” kongsinya.

Sekadar info, Syed Saddiq dan Bella sah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 di ibu negara.

Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.

Advertisement

Pasangan ini akan d disatukan di bangunan ikonik negara dan bakal mencipta sejarah sebagai pasangan pertama yang diijabkabulkan di menara tersebut.

Lokasi pernikahan ini direalisasikan menerusi kolaborasi istimewa antara Astro dan Precinct Merdeka 118, menjadikan ikon Kuala Lumpur itu sebagai latar eksklusif untuk hari bahagia pasangan pengantin.

Majlis perkahwinan Bella dan Syed Saddiq tidak terhenti pada satu acara sahaja apabila mereka merancang untuk mengadakan beberapa majlis resepsi di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Muar, Johor dan Sabah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement