Skip to main content

Berita Tempatan

"Dia Nurse, Cleaner, Tukang Urut & Therapist..." - Najwa Latif Sebak Kenang Pengorbanan Suami

"Dia Nurse, Cleaner, Tukang Urut & Therapist..." - Najwa Latif Sebak Kenang Pengorbanan Suami

Sekilas

  • Najwa Latif berkongsi penghargaan kepada suaminya, Akwa Arifin, yang sentiasa menyokong dan membantu dalam menjaga dirinya serta anak mereka, Medina.
  • Akwa digambarkan sebagai suami dan bapa yang sangat prihatin, sanggup melakukan pelbagai peranan demi memudahkan urusan keluarga.
  • Najwa turut mendedahkan Akwa pernah bimbang untuk menjadi bapa, namun kini dia berjaya menjalankan tanggungjawab itu dengan baik dan penuh kasih sayang.
Advertisement

Penyanyi Najwa Latif mencuri perhatian apabila menitipkan penghargaan istimewa buat suaminya, Akwa Arifin yang sentiasa berada di sisi sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang ibu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Najwa atau mesra disapa Wawa mengakui tersentuh mengenangkan segala usaha dilakukan suaminya dalam menjaga dirinya serta anak mereka, Medina.

Advertisement

“Terima kasih Akwa, sebab berusaha sentiasa memudahkan saya dalam segala hal. Tak pernah guilt trip saya.

“Sentiasa cakap thank you bila saya buat semua benda and susukan Medina. Sentiasa bantu siapkan Medina. Sentiasa tolong dalam kebanyakan hal rumah.

“Sentiasa ingatkan saya cantik that now when people say I'm not, it doesn't hurt anymore. Yunk penting suamiey aque rasa aque cantik. Haha,” tulisnya.

Malah, Najwa berkata, suaminya sentiasa cuba menenangkan dirinya setiap kali berdepan kesukaran sehingga ada kalanya dia sendiri tidak dapat menahan sebak.

“Sentiasa ingatkan saya to think of perkara yang baik baik. Sentiasa cuba buat saya gelak walaupun saya tengah menangis teresak esak,” tulisnya.

Bercerita lanjut mengenai peranan Akwa selepas mereka bergelar ibu bapa, pelantun lagu ‘Cinta Muka Buku’ itu menyifatkan suaminya sebagai individu yang sanggup melakukan pelbagai perkara demi memudahkan urusannya.

“Dia lah nurse, dialah cleaner, dialah yang explore and study pasal breast pump punya dunia, dia lah tukang urut, dia lah therapist, dia lah tempat Wawa boleh jadi orang paling lemah selemah lemahnya,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Najwa turut mendedahkan Akwa sebelum ini pernah menyuarakan kebimbangan untuk bergelar seorang bapa.

Bagaimanapun, melihat sendiri cara suaminya menggalas tanggungjawab tersebut membuatkan Najwa semakin menghargai lelaki berkenaan.

“Akwa dulu selalu cakap dia takut nak jadi bapa orang, but guess what? He's so good at being a father. Power beb. Rasa cam howwwwwwww but tulah, izin Allah. Cewahhhhhh! Alhamdulillah.

“Thank you Akwa for loving Medina and me. You're an angel in human form. Thank you for being the best, sayang,” tulisnya.

Mengakhiri perkongsian tersebut, Najwa mengakui dirinya sedikit emosional apabila memikirkan mengenai suami dan anaknya.

“Sorry, makcik is emosi sikit fikir suami dan anak today. Cukuplah tu. Byee,” tulisnya.

Sekadar info, Medina dilahirkan tepat pada hari ulang tahun ketiga perkahwinan pasangan berkenaan 11 November 2025.

Najwa, 31, sah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga penyanyi rap, Akwa Arifin, 34, pada 11 November 2022.

Sumber: Instagram Najwa Latif

Anda mungkin berminat dengan

L'Occitane Almond Delicious Hand Cream (30ml)

L'Occitane Almond Delicious Hand Cream (30ml)

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Men's Loose Fit with Tapered Leg & Multi-Pocket Design Baggy Pants M-8XL

Men's Loose Fit with Tapered Leg & Multi-Pocket Design Baggy Pants M-8XL

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

Must Watch Video

Advertisement