Skip to main content

Hiburan

"Dia Sudah Terlihat Juara..." - Pengurus Siti Nurhaliza Titip Kata Semangat Buat Aina Abdul

"Dia Sudah Terlihat Juara..." - Pengurus Siti Nurhaliza Titip Kata Semangat Buat Aina Abdul

Sekilas

  • Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abd Razak, percaya Malaysia mempunyai keunikan tersendiri yang mampu menarik perhatian masyarakat antarabangsa melalui persembahan dan identiti budaya.
  • Rozi memuji usaha dan komitmen Aina Abdul serta pasukan di belakang tabir yang gigih membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa dalam pertandingan lagu Asia.
  • Aina akan mempersembahkan lagu ciptaannya, Bluest Sky, sebagai peserta terakhir dalam pertandingan yang melibatkan 11 negara Asia, termasuk Thailand, Korea Selatan, dan Filipina.
Advertisement

Pengurus kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abd Razak menyifatkan Malaysia mempunyai keunikan tersendiri yang mampu menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

Menurut Rozi, pengalamannya mengikuti Siti ke beberapa pertandingan dan persembahan di luar negara membuatkan dia percaya bahawa Malaysia mempunyai identiti tersendiri yang boleh dibanggakan.

Advertisement

“Pengalaman mengikuti Datuk Seri Siti Nurhaliza ke beberapa pertandingan dan persembahan di luar negara, Malaysia mempunyai sesuatu yang unik. Terlihat sederhana, namun ada citra sempurna baik pada lagu, persembahan, penampilan dan juga cara PR kita dengan orang luar.

“Sederhana ini memberikan keseimbangan dalam banyak aspek dan insya-Allah orang luar akan melihat ada sesuatu daripada peserta negara kita, Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Rozi turut menyifatkan Aina sudah pun menjadi juara di mata rakyat Malaysia menerusi segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang persiapan untuk pertandingan tersebut.

Advertisement

Malah, dia turut menzahirkan rasa bangga terhadap kesungguhan Aina serta seluruh pasukan di belakang tabir yang bekerja keras bagi membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

“Aina Abdul sudah terlihat juara bukan sahaja di mata kita semua, tetapi setiap usaha yang diberikan baik oleh beliau sendiri mahupun seluruh pasukan di belakang tabir yang mewakili Malaysia.

“Kita doakan agar Aina akan memberikan persembahan yang terbaik, diberikan ketenangan dan dikurniakan kejayaan malam ini.

“Bagi yang berada di luar negara, jangan lupa undi Aina,” ujarnya.

Untuk rekod, Aina bakal mempertaruhkan lagu berjudul Bluest Sky, hasil ciptaannya bersama Mac Chew, dalam pertandingan yang menghimpunkan wakil dari 11 negara Asia itu.

Aina dijadualkan membuat persembahan sebagai peserta terakhir daripada keseluruhan 11 wakil yang bertanding.

Antara negara yang turut memberikan saingan kepada Malaysia termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement