Skip to main content

Hiburan

“Dia Tak Pernah Malu Jadi Autistik…” - Shila Amzah Bangga Lihat Perkembangan Positif Seth Uwais

ASTROGEMPAK Shila Amzah

Sekilas

  • Shila Amzah berkongsi rasa bangga terhadap anak sulungnya, Seth Uwais, yang menghidap autisme tahap satu sempena Hari Autisme Sedunia.
  • Shila memuji ibu bapa yang membesarkan anak autisme sebagai 'superhero' dan berkongsi perkembangan positif Seth di sekolah.
  • Shila berharap orang ramai tidak tersinggung dengan soalan Seth tentang autisme kerana dia masih dalam proses memahami dunia sekelilingnya.

Sempena hari ‘Autisme’ sedunia, penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa bangga dengan anak sulungnya iaitu Seth Uwais. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Shila turut menyifatkan ibu bapa yang membesarkan anak autisme sebagai insan hebat dan wajar dianggap sebagai ‘superhero’.

 

“Selamat Hari autisme sedunia. Mama dan papa sangat-sangat bangga dengan Sethuwais! Kepada semua ibu bapa, anda semua adalah super hero!” katanya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Shila juga berkongsi perkembangan anaknya yang menghidap austime tahap satu. 

 

Pada perkongsian sama, Shila turut berkongsi perkembangan positif anaknya yang berada dalam spektrum autisme tahap satu.

 

Dalam masa sama, Shila berharap orang ramai tidak tersinggung sekiranya anaknya mengajukan soalan berkaitan autisme kerana Seth masih dalam proses memahami dunia sekelilingnya.

 

“Dia berada di sekolah, dia telah berkembang, meningkatkan kemahirannya, dia mencuba yang terbaik setiap hari untuk cuba menyesuaikan diri.

 

“Saya fikir dia telah melakukan kerja yang menakjubkan. Dia tidak pernah malu menjadi autistik. Cuma kadang-kadang dia ingat semua orang autism dan dia akan tanya ‘awak autisme level berapa?’

 

“Tolong jangan terasa hati dengan soalan dia, dia masih meneroka,” kongsinya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must-Watch Video

Advertisement