Skip to main content

Selebriti

"Dia Yang Toksik, Orang Selalu Ingat Saya Yang Tak Boleh Move On & Gila Talak"- Datuk Red Nafi Letak Tuntutan Bersyarat Terhadap Adira Suhaimi

Datuk Red

Sekilas

  • Datuk Red menafikan dakwaan bekas isterinya, Adira Suhaimi, yang mendakwa dia meletakkan syarat termasuk wang RM100,000 untuk menyelesaikan kes pengesahan lafaz rujuk di mahkamah.
  • Beliau mengakui tidak mahu meneruskan perkahwinan yang dianggap tidak sihat dan mahu menyelesaikan perkara ini dengan kadar segera.
  • Datuk Red dan Adira berkahwin pada 2015, berpisah pada April lalu, dan dikurniakan empat cahaya mata bersama.

Usahawan Datuk Red tampil menafikan dakwaan bekas isterinya, Adira Suhaimi yang mendakwa dia meletakkan syarat bagi menyelesaikan kes pengesahan lafaz rujuk di mahkamah.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 48, menegaskan dia tidak pernah membuat sebarang tawaran  termasuklah meminta Adira wang berjumlah RM100,000 dan mengugurkan kes saman sivil hutangnya.

"Tak, kita tak buat tawaran secara rasmi. Benda ini bukannya nak berjual beli ke apa. Sebagai seorang lelaki dan seorang suami, andai kata rujuk ni tak sah, tak apa tak sah.

"Jangan takut, sabar peminat Adira, kawan-kawan dia atau sesiapa, kalau rujuk ini sah, tak ada masalah. Saya sendiri yang pergi mohon nanti untuk berpisah. Jangan risau. Benda ini (dakwaan) tak ada. Saya hanya mahu kes ini dipermudahkan sahaja," katanya kepada Gempak.

Datuk Red berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes rujuk di antara mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor pada Khamis.

Dalam pada itu, Datuk Red mengakui dia juga tidak mahu meneruskan perkahwinan mereka yang dianggap tidak sihat dan ingin menyelesaikannya dengan kadar segera.

"Saya pun tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Kalau teruskan juga dia akan jadi toksik. Dia (Adira) toksik. Selalu orang ingatkan saya ini sebagai tak 'move on' lah, gila talak. Tak apa.

"Ini bukannya saya nak hadap sangat nak kahwin dengan dia, tidak. Saya nak pengesahan saja. Kalau ikutkan, nak buat kalau lepas di luar mahkamah, tapi peguam saya tak bagi pasal takut nanti boleh sampai kena penjara kan," ujarnya.

Sebelum ini, Datuk Red dan Adira didakwa sudah kembali rujuk ketika mereka masih dalam tempoh idah selepas usahawan itu menfailkan kes pengesahan rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember lalu.

Untuk rekod, Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan berpisah pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggerik, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob, 3 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Must-Watch Video

Advertisement