Skip to main content

Hiburan

Diaju Soalan Tentang Keyakinan Terhadap Islam, Maryam Younarae Respons - “Yes, Banyak Perkara Berlaku Atas…”

Maryam Younarae

Sekilas

  • Maryam Younarae berkongsi pengalaman apabila rakannya dari Korea bertanya sama ada dia benar-benar yakin dengan Islam selepas memeluk agama itu.
  • Maryam menjelaskan keyakinannya datang daripada pengalaman peribadi dan pertolongan Allah SWT dalam hidupnya, bukan kerana pengaruh orang lain.
  • Maryam berkahwin dengan usahawan Ryzal Ibrahim pada 2019 dan kini mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan, Maryam Younarae menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya yang diajukan soalan mengenai Islam oleh rakannya dari Korea.

Menerusi perkongsian di Threads, Maryam mendedahkan rakannya meluahkan rasa ingin tahu sama ada dia benar-benar yakin selepas memilih untuk memeluk Islam.

Advertisement

Ujar Maryam, terlalu banyak perkara mustahil yang berlaku disebabkan daripada pertolongan Allah SWT yang menambahkan lagi keyakinannya terhadap Islam.

“Borak dengan kawan dari Korea, tiba-tiba dia tanya, ‘Now you memang betul-betul percaya Islam?’ Saya terus jawab, ‘Yes’.

“Bila saya fikir balik, terlalu banyak benda dalam hidup saya yang saya rasa tak mungkin jadi kalau tanpa pertolongan Allah. Sebab itu saya percaya Allah sentiasa ada,” kongsinya.

Tambah ibu kepada dua orang anak ini, dia memilih untuk terus berpegang kepada Islam atas kehendaknya dirinya sendiri dan bukan kerana dipengaruhi orang lain.

“Dan sebab tu saya ikut Islam. Bukan sebab orang suruh, tapi sebab saya nak hidup dengan rasa syukur atas semua nikmat yang Allah dah bagi.

“Yang paling saya bersyukur hari itu (selepas diajukan soala), kawan-kawan saha betul-betul nak faham kehidupan saya sekarang,” katanya lagi.

Untuk rekod, Maryam selamat mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang merupakan usahawan dan pempengaruh, Ryzal Ibrahim pada 15 Ogos 2019 di sebuah masjid di Korea Selatan.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement