Sekilas
- Drama Sujud Terakhir Encik Norman (STEN) yang diarahkan oleh Budak Ijat mula ditayangkan pada 4 Februari dan terus mendapat perhatian netizen dengan kelainan jalan cerita.
- Watak penyondol dalam drama ini membawa perspektif baru apabila tidak semua penyondol digambarkan jahat, menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial.
- STEN bersiaran setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam di Astro Ria dan boleh ditonton juga di Astro GO serta Sooka.
Drama Sujud Terakhir Encik Norman (STEN) terus mendapat perhatian netizen dari episod ke episod.
Topik utama kebelakangan ini merupakan topik penyondol dan kelainan yang dibawakan oleh Shahrul Ezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat dalam setiap karya yang diberikan.
STEN telah memulakan tayangan pada 4 Februari lalu sudah menjadi buah mulut.
Antara komentar netizen perihal drama arahan Budat Ijat seperti di bawah:
“Kalau cerita shahrezad mohammadien xpernah tak menarik and special,” tulis Nailofar Annuar.
Tidak dinafikan peminat drama memang sudah mengenali stail karya dihasilkan oleh Budak Ijat ini yang akan sentiasa memberikan kelainan.
“Jika mahu tahu kena tonton kerana anda akan menemukan banyak kejutan dan pengajaran dalam naskhah ini,” ujar Budakijat.
Menariknya, tarikan ‘tak semua penyondol jahat’ itu telah membuahkan pelbagai reaksi di sosial media.
“Penyondol ni dah jadi hantu pun tetap jahat kan, nak menang sendiri juga,” ujar realmokhsz9
Sementara itu, antara bait skrip yang menarik perhatian adalah dialog antara Aidil Aziz, Sharifah Sakinah dan Trisha Oooi dalam satu adegan.
Trisha Ooi yang membawakan watak ‘penyondol’ bernama Alisa menyatakan bahawa tidak semua watak penyondol dalam dunia ni jahat.
Dan jawapan dari isteri yang tersakiti bernama Emma lakonan Sharifah Sakinah ternyata mendapat perhatia ramai.
“Kau guna alasan untuk halal niat kau dan sondol suami aku,” ujarnya.
Justeru jika mahu tahu apa sahaja kejutan drama bersiri terbitan Radius One terbaharu ini, jangan lupa STEN bersiaran setiap Rabu dan Khamis menerusi slot DramaVaganza pukul 9 malam di Astro Ria
Drama 28 episod yang mengangkat teman keagamaan, hubungan kekeluargaan dan pengorbanan ini juga boleh ditonton menerusi penstriman di Astro GO dan Sooka