Skip to main content

Hiburan

Diana Danielle Pesan Wanita Jangan Terhegeh-Hegeh Dalam Hubungan - “Kalau Betul Sayang Dia Akan…”

Diana Danielle Pesan Wanita Jangan Terhegeh-Hegeh Dalam Hubungan - “Kalau Betul Sayang Dia Akan…”

Sekilas

  • Diana Danielle menegaskan lelaki perlu serius dalam hubungan supaya cinta atau perkahwinan dapat bertahan lama.
  • Dia mengingatkan wanita supaya tidak terlalu berusaha membuktikan nilai diri jika pasangan lelaki sambil lewa dalam hubungan.
  • Diana juga akan membintangi filem TERBANG yang akan ditayangkan pada 17 September, mengisahkan seorang ibu tunggal dengan latar dunia perlumbaan.
Advertisement

Pelakon Diana Danielle berpendapat kesungguhan seorang lelaki menjadi antara perkara paling penting dalam memastikan sesebuah hubungan cinta atau perkahwinan mampu bertahan.

Menerusi perkongsian di Threads, Diana berkata, wanita tidak seharusnya menjadi satu-satunya pihak yang bersungguh-sungguh sekiranya pasangan lelaki menunjukkan sikap sambil lewa terhadap hubungan.

Advertisement

“Dalam hubungan atau perkahwinan, lelaki wajib benar-benar mahukan hubungan itu. Kalau perempuan terhegeh-hegeh dan lelaki sambil lewa, jangan teruskan.

“Dia akan menjadi ketua. Kalau ketua sendiri pun sambil lewa, apa pun tidak akan berkembang,” katanya.

Menurut Diana, seseorang lelaki yang benar-benar menyayangi pasangannya juga tidak akan teragak-agak menunjukkan rasa cinta, menjaga serta melindungi wanita tersebut.

Advertisement

“Dia kena bersemangat mahukan awak, nak jaga dan lindungi awak. Kalau dia betul-betul sayang, dia akan buat perkara itu sangat jelas.

efrg

“Kalau dia sendiri sudah mengalah, hubungan itu boleh dikatakan sudah tidak wujud,” ujarnya.

Dalam masa sama, Diana turut mengingatkan golongan wanita agar tidak terlalu berusaha membuktikan nilai diri atau bersaing semata-mata untuk mendapatkan perhatian pasangan.

“Pastikan dia mahukan awak dengan sepenuh hati. Jangan cuba buktikan nilai diri, bersaing atau mencari perhatian,” katanya sambil menyifatkan perkongsian tersebut sebagai ‘bebelan malam’.

Menerusi perkembangan lain, Diana turut membintangi filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan dengan membawakan watak Marini, seorang ibu tunggal yang mempunyai kisah silam berkaitan dunia perlumbaan.

TERBANG yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September depan.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Must Watch Video

Advertisement