Difitnah berlaku curang sehingga memiliki anak luar nikah, pelakon Rizky Billar tidak hanya berpeluk tubuh. Sebagai bentuk protes, suami Lesti Kejora itu mengambil tindakan undang-undang.
Rizky diketahui telah melaporkan sekurangnya enam pemilik akaun media sosial kepada pihak berkuasa atas pencemaran nama baik seleopas menyebarkan fitnah dirinya curang dengan wanita bernama Asila Maisa.
Tindakan tersebut diambil Rizky demi menjaga nama baik keluarga sekaligus menafikan dakwaan tidak berasas yang bertebaran di media sosial.
“Ini merupakan tindakan mempertahankan nama baik dan martabat keluarga klien kami, Rizky Billar,” ujar peguam yang mewakili selebriti tersebut seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Dalam laporan tersebut, Rizky antaranya menafikan fitnah menjalin hubungan terlarang dengan Asila Maisa, memiliki anak luar nikah seperti mempunyai niat menceraikan Lesti.
“Sebanyak enam pemilik media sosial telah dikenal pasti menyebarkan berita palsu tentang klien kami curang, ada anak luar nikah dan mahu bercerai.
“Ada yang menggunakan AI dan akaun-akaun ini kebanyakannya hanya mahu mencari keuntungan,” ujar peguam Rizky lagi.
Jika didapati bersalah, pemilik akaun boleh dikenakan denda dan penjara sekitar lima hingga 15 tahun.