Skip to main content

Antarabangsa

Didakwa Akan Bercerai, Netizen Tak Terima Raisa Jadi Janda

raisa

Dunia hiburan Indonesia sedang dihebohkan dengan gosip hangat mengenai rumah tangga penyanyi terkenal Raisa dan suami, Hamish Daud.

Perkahwinan yang masuk usia lapan tahun itu didakwa akan berakhir.

Raisa dikatakan telah meminta cerai dan memfailkan perpisahan mereka di mahkamah, baru-baru ini, lapor media tempatan.

Isu Raisa meminta cerai daripada Hamish pertama kali menjadi buah mulut menerusi akaun gosip @rumpi_gosip yang menampilkan tangkap layar komen seorang pengguna bernama @valen_tine_02.

Komen tersebut mendakwa mendapat khabar Raisa memfailkan perceraian daripada sumber yang boleh dipercayai.

“Ini betul. Raisa baru memfailkan perceraian,” tulis akaun tersebut seperti dilaporkan Viva.co.id.

Sebaik gosip tersebar, peminat meninggalkan beragam komen di platform media sosial Raisa.

Ramai yang tidak percaya dan menolak mentah-mentah mengenai dakwaan terhadap pergolakan rumah tangga idola mereka.

“Tidak boleh terima Raisa jadi janda! Sewaktu kahwin dia sudah buat jadi ‘hari patah hati nasional’,” tulis seorang peminat.

Seorang yang lain menulis: “Raisa tolong beritahu khabar ini bohong.”

Raisa dan Hamish menikah pada 3 September 2017 dalam sebuah pernikahan megah di Jakarta yang sempat dijuluki “Hari Patah Hati Nasional” kerana ramai berasa telah kehilangan peluang memperisterikan penyanyi popular itu.

Menerusi pernikahan tersebut, mereka dikaruniai seorang puteri bernama Zalina Raine Wyllie yang lahir pada Februari 2019.

Selain dilaporkan telah memfailkan perceraian, wanita berusia 35 tahun itu dan suami juga sudah memadam foto mereka bersama di platform media sosial.

Hamish sebelum ini berdepan kontroversi termasuk selalu menyewa wanita sewaktu di Bali dan tidak membayar gaji pekerjanya pada tahun 2023.

Hingga kini, baik Raisa maupun Hamish belum memberi kenyataan rasmi mengenai khabar buruk tentang rumah tangga mereka.

Must-Watch Video

Advertisement